twitter
rss

banyak nyer pengalaman yang boleh di kongsi tersimpan rapi dalam external hardisk ......

haiya !!!!......wekkkkk s@kura pemalas ....

kami di zoo negara  ...

bawak haiqal n umar .....

ni budak dua org ni


tapi....

berjalan kesini ....

without all hubby ....

sendiri2 la ...coz husband smua busy termasuk la ayah .....

harga masuk untuk ke zoo sekarang ni seperti dibawah :-


kalau nak bawak anak best la ....
seronok si kecik ni .....


aksi masa show..

ada memerang , burung 


menunggu pembelian tiket masuk


tengah plan perjalanan dalam zoo ni ... 2 stroller lak tu ....




duk dalam stroller diam2 ya haiqal...



update hubby kami yang sudah sampai ya 




keluarkan RM1 pegang dan tunggu burung tu terbang untuk amik .....

x kan s@kura berani nak buat ahahaha






notakaki : kami berpuas hati sepanjang perjalanan disini ...cuma makanan agak mahal .....apa boleh buat ....

salam ,

erm rasanya ....sekian lama meninggalkan blog ni ...

aduhai ...busy la konon ....

anak s@kura peminat stereng ....

ni yang bahaya bila nak drive kan anak duk sibuk nak main stereng sama ...

risau la kan sebab dia duk di riba ...dan jarak antara dia dan stereng sangan dekat

so sangat berisiko ......

ni s@kura layan dia masa park n waiting some one ...




so ok la haiqal nak duk kat stereng sayang ....

bila umi dah start drive sorry la ya ...

safety is most important........

notakaki : promote baju babykiko ;)

Salam jumaat....

Hari ni sakura dapat berita bahawa anak kepada kawan sakura telah kembali ke rahmatullah.....

Terkejut....terkedu....hiba

Ujian cukup besar buat nana....

Anaknya dilahirkan pada 8 okt 2013 dgn berat 3.2kg....

Segalanya sihat .... dibenarkan keluar selepas 2 hari tggl dihospital kerana nana operate....

Terujinya jiwa ibu bila nana sedar yang anaknya kelihatan lemah ...kaki terkulai semasa mandi ....

Tiada tindakan aktif .....
Mungkin hati lebih bedebar bila tgk dada mula bertukar kuning....

So ...family nana decide ke hospital.... tp smpai sn bibir baby dh biru n doctor kata baby dh tak de....

Sedihnya....

Sakura menangis ......
Setiap kali nana nangis kami turut nangis....

Sepatutnya kami kna kuat tp kami bukan secekal itu yg mampu berthn.....

Nana untung nya dirimu sudah ada penunggu mu disyurga kelak....

Mmg mudah ungkapan ni .... tp yg menerima dugaan ni lebih sedih .

Hanya doa yg mampu kami utuskan untuk nana trus kuat dan tabah menghadapi dugaan yg maha esa ini.....

Published with Blogger-droid v2.0.10

5 Tip Mudah untuk elak Pneumonia selain mengambil suntikan Imunisasi Pnuemococcal

1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.

2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.

3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.

4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.

5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.


Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

erm anda tahu tak bahawa bayi mudah terkena serangan otitis media ...

apakah otitis media ???

Definisi : otitis media
·         Adalah inflamasi pada telinga tengah
·         Ia mungkin atau tidak mungkin berjangkit

Insiden
·         Prevalen penyakit ini tinggi semasa peringkat awal kanak-kanak
·         Insiden paling tinggi berlaku semasa kanak2 dlm lingkungan umur 6 bulan sehingga 2 tahun & mulai menurun apabila usia meningkat – terutamanya suppurative otitis media
·         Non-suppurative lebih kerap berlaku di kalangan kanak2 sekolah
·         Insiden lebih tinggi berlaku pada musim salji & awal musim bunga

sumber : http://kelabnurse.blogspot.com/2010/07/otitis-media-gangguan-telinga.html


ok what's point si sakura bercerita dalam blog ni ...

ia adalah kerana anak saya a.k.a haiqal terkena jangkitan tersebut

argghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!

sedih sangat .......


syg umi ...

alkisahnya macam ni

pada malam sebelum sakura tersedar yang dia dijangkiti otitis media ni

haiqal menangis tanpa henti dari pukul 1 pagi smpai 4 pagi ...

kami dah tak tau nk buat apa ....

bagi susu salah ...dukung salam ...letak salah .....

semua tak kena ....yang pasti haiqal menangis tanpa henti sampai mengigil tangan dia ....

umi dah tension ...tension sebab dah terlampau risau kenapa haiqal menangis ...

amik minyak sapu kat perut ....amik vicks sapu kat hidung ....
semua still x kena 

kenapa haiqal ...

sebenarnya itu lah tanda2 bayi yang terkena otitis media ...

dia akan mengeling-geling kepala tanda menahan sakit yang terlampau ....

ya allah sakitnya anak umi .....

pada keesokkan harinya .....sakura perasan ada satu benda asing dalam telinga haiqal ...

berbentuk seperti kahak ...pejal seperti jeli 

sakura tarik dan tarik ...ya allah panjangnya ...
apa ni ......

sakura terus call klinik pakar kanak2 kiddie care untuk conformkan hari tersebut klinik buka atau pun tak ..

"ibu nak datang perlu datang sebelum 2.30ptg ya" staff klinik tu maklum

tengok jam pukul 2.00 ptg ...
dari senawang ke dataran seremban sempatker 

nekad ....husband tinggal tugas sekejap terus bw anak ke sana ....

doktor check n maklum 

"anak u kna otitis media ....dh sampai telinga tengah"
"gegendang pecah"
"dia sudah selesema lama ya"

perasaan sakura : mengelabah dan sedih mcm2 dlm otak terpikir ...pekak ke haiqal nnt ....

doktor bagi ubat antibiotik n titik telinga ....

alhamdulillah ....

sekarang telinga haiqal dah sembuh ...

kami still pi jumpa pakar ENT ..... 

sambung....

-edit-

kami telah ke Hospital Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju ...

nak confirm kan ok punyer pasal so kesana ....

doktor tu bg tau yg gegendang sudah menunjukkan pembentukan untuk pulih semula

ALHAMDULILLAH ...

lega rasanya .....

itu lah doa umi untuk haiqal .......

nasihat doktor :

pengambilan suntikan vaksin di klinik swasta ...

Imunisasi yang klinik kerajaan bagi :- 
i)   BCG –TB (Batuk Kering)
ii)   Hepatitis B
iii)  Diptheria (Sakit Kerongkong)
iv)  Pertussis (Batok Kokol)
v)  Tetanus (Sawan di kalangan bayi baru lahir)
vi)  HiB (angkitan paru-paru/jangkitan selaput otak)
vii) Polio
viii) MMR (Campak/Beguk / Rubella)

Imunisasi yang hanya ada di klinik swasta 
  1. Vaksin Pneumococcal
    Yang ni haiqal dah amik ....kerana kes otitis media ni ..... RM230...... Bulan 11 ni amik lagi satu suntikan RM230 LAGI!!!!! hew..hew... demi anak kan so korban kan sikit la .......
  2. Vaksin Rotavirus

sumber berita harian berkenaan kelebihan vaksin Pnemococcal

Perunding Pediatrik dan Neonatologi Sunway Medical Centre, Dr Khoo Boo Aik menjelaskan, pneumokokal ialah satu kumpulan jangkitan berbahaya yang disebabkan oleh bakterium Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus. Jangkitan bakteria ini boleh mengakibatkan beberapa penyakit lazim seperti jangkitan saluran pernafasan termasuk otitis media (keradangan pada telinga tengah); sinusitis dan jangkitan paru-paru (pneumonia).

Dr Khoo berkata, ia juga boleh menyebabkan sepsis iaitu sejenis jangkitan pada aliran darah dan meningitis (jangkitan pada selaput otak).

“Dalam kata lain, jangkitan ini boleh menyebabkan hilang pendengaran secara kekal, sawan, kelumpuhan, cacat otak, diabiliti dan kematian dalam kes tertentu.

“Malah dianggarkan sejuta kanak-kanak mati setiap tahun akibat pneumokokal di seluruh dunia,” katanya kepada kolum Sihat. 
Individu yang termasuk dalam kategori berisiko dijangkiti penyakit ini ialah kumpulan usia seawal bawah lima tahun dan melebihi 65 tahun. Ini kerana sistem imun tubuh yang rendah.

Faktor lain termasuk tidak mempunyai limpa atau tidak berfungsi dengan betul; pernah mendapat rawatan akibat pneumonia; menghidap diabetes; masalah jantung kronik, masalah paru-paru; masalah buah pinggang atau hati; sistem imun yang lemah; mewarisi gangguan immunodeficiency atau menghidap virus human immunodeficiency (HIV) atau acquired immune deficiency syndrome (AIDS) serta implan koklea.

Dr Khoo berkata, antara gejala yang lazim dikesan pada kanak-kanak termasuk batuk berkahak; demam panas; sakit telinga atau lelehan telinga; mudah meragam; menangis berpanjangan; kurang aktif; kelesuan dan nampak sakit. 
Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa tidak semua akan mengalami gejala yang dinyatakan ketika diagnosa.

Beliau berkata, pneumokokal didiagnosa secara klinikal iaitu berdasarkan hasil ujian klinikal dan ujian pemeriksaan fizikal. Namun, menurutnya, ada beberapa lagi ujian yang dapat membantu mendapatkan keputusan positif tetapi kadangkala masih gagal untuk dikesan. Ini termasuk x-ray dada, kultur dan sensitiviti (C+S) kahak, (C+S) darah, (C+S) air kencing serta (C+S) cecair cerebrospinal.

Dr Khoo berkata, sekalipun berbahaya dan sukar didiagnosa, penyakit ini boleh dicegah dengan langkah-langkah pencegahan am seperti mengekal penjagaan diri yang baik dan pengambilan makanan berkhasiat bagi membina sistem imun sihat. Bagaimanapun, kaedah paling efektif dalam usaha pencegahan pneumokokal adalah dengan vaksin.

“Vaksin diberi dalam bentuk suntikan di mana jumlah dos yang diperlukan pesakit bergantung pada usia mereka.
Suntikan vaksin ini berfungsi dengan memberi stimulasi pada tubuh untuk menghasilkan antibodi bagi menentang bakteria pneumokokal. Antibodi ini melindungi anda daripada penyakit sekiranya anda dijangkiti bakteria pneumokokal. Ia juga melindungi daripada banyak (tidak semua) jenis bakteria pneumokokal,” katanya.

Beliau berkata, pneumokokal boleh merebak melalui sentuhan antara orang yang sakit atau pembawa bakteria itu pada tekak mereka. Anda juga boleh mendapat pneumokokal pneumonia daripada titisan air melalui pernafasan dari hidung atau mulut orang yang dijangkiti.

Dr Khoo berkata, antara pilihan rawatan adalah antibiotik secara Intravenous bersama ubatan yang melegakan gejala. Bagaimanapun, dunia berhadapan dengan peningkatan jenis bakteria yang kebal antibiotik. Ini menyukarkan proses rawatan jangkitan bakteria serius ini sekali gus pencegahan melalui vaksin adalah cara terbaik sebagai pilihan rawatan.

Beliau berkata, penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi serius malah maut selain ibu bapa dan penjaga berdepan kebimbangan yang tidak berkesudahan. Kesan psikologikal yang ditinggalkan penyakit ini mampu terlihat pada ibu bapa dalam bentuk beban kewangan bagi menampung kos rawatan hospital. 

“Jangan lupa bahawa doktor adalah penjaga yang bertanggungjawab merawat pesakit sehingga sembuh. Sehubungan itu, doktor sangat menekankan pencegahan menerusi kaedah vaksin.

“Ibu bapa perlu sedar bahawa pneumokokal adalah penyakit yang serius dan membawa maut. Sehubungan itu, mereka perlu sedar bahawa pencegahan terhadapnya boleh dilakukan.

“Sekiranya anak-anak tidak mendapat suntikan vaksin ini, ibu bapa perlu peka dan mengambil perhatian terhadap sebarang gejala yang dialami serta segera berjumpa doktor untuk mengesan dan memberi rawatan segera bagi mengelak komplikasi menjadi bertambah buruk,” katanya.

Dr Khoo berkata, ibu bapa harus sedar pneumokokal adalah penyakit yang serius tetapi boleh dicegah.

Sehubungan itu, berikan suntikan vaksin kepada anak anda kerana melalui vaksin ia terbukti lebih efektif dari segi kos sebagai kaedah memerangi jangkitan termasuk penyakit pneumococcal.

Tindakan pantas selamatkan Amir

DILAHIRKAN sihat dan sempurna pada 27 Jun 2010 di Hospital Sungai Buloh, Muhammad Amir Reza, 2, diberi imunisasi lengkap seperti kanak-kanak lain kecuali pneumococcal dan rotavirus.

Disapa manja sebagai Amir oleh ahli keluarga, anak kedua pasangan Mohd Khairil Reza Atan dan Siti Norbaizura Baharudin adalah bayi cerdik dan cepat belajar berbanding abangnya, Muhammad Aqil Reza, 4.

Namun, Jun lalu, kehidupan Norbaizura dan Khairil tiba-tiba berubah apabila Amir mula demam dan disahkan menghidap pneumokokal meningitis.

“Pada mulanya, saya cuba beri ubat demam dan memantau suhu badannya di rumah. Masuk hari kedua, Amir muntah-muntah setiap kali selepas menyusu badan atau diberi makanan pejal seperti bubur dan biskut.

“Kekerapan Amir muntah amat membimbangkan kerana dia menjadi sangat lemah dan tidak bermaya. Namun, Amir masih berselera untuk makan bubur sehingga habis walaupun dengan mata terpejam,” luah Norbaizura yang selesa disapa Zura kepada kolum Sihat baru-baru ini.

Zura berkata, pada mulanya beliau menyangka dirinya tersalah makan kerana menyusu Amir.

“Maklumlah setiap pemakanan ibu akan memberi kesan kepada anak. Tetapi melihat kepada tanda-tanda awal yang ditunjukkan seperti demam berlarutan dengan kadang-kadang surut; muntah-muntah; tidak memberi tindak balas terhadap sentuhan atau objek yang diberi selain menjadi lemah serta tidak bermaya, saya sedar Amir perlu diberi bantuan profesional dengan segera,” katanya.

Sangkaannya benar belaka, apabila suhu badan Amir meningkat dan terus muntah-muntah, Zura dan suami membawa Amir ke hospital.

Doktor yang memeriksa di wad kecemasan bertanya pelbagai soalan sebelum anaknya dimasukkan ke wad. Di wad, keadaan Amir makin teruk dengan tidak memberi tindak balas kepada rangsangan sentuhan atau objek. Ketika itu, doktor yang merawat mula membincangkan perihal Amir dan langkah seterusnya yang harus diambil. Doktor mencadangkan Amir dipindahkan ke unit jagaan intensif (ICU) untuk dipantau 24 jam.

Kebimbangan Zura akhirnya terjawab apabila Amir disahkan menghidap pneumokokal meningitis.

Zura mengakui pernah mendengar mengenai penyakit itu dari doktor kanak-kanak yang selalu mereka kunjungi.

“Kami tidak sempat melakukan imunisasi kerana kos satu dos suntikan adalah RM300 dan bayi di bawah 12 bulan memerlukan tiga dos ditambah satu dos lagi selepas 12 bulan.

“Selepas doktor mencadangkan prosedur lumbar puncture dan menerangkan kepada kami mengenai penyakit ini, saya mula mencari lebih maklumat di internet,” katanya.

Amir bertuah kerana ibu bapanya pantas bertindak hingga pulih dari pneumokokal meningitis.

Lebih bersyukur lagi, Amir tidak mengalami sebarang komplikasi berbeza daripada pesakit lain yang menghadapi kemungkinan menjadi buta, pekak, cacat dalam otak, tidak dapat berjalan dan sebagainya akibat bakteria merebak teruk ke dalam lapisan otak. 

“Mungkin juga kerana kami bersetuju membuat lumbar puncture untuk mengetahui penyakit dan ubat yang sepatutnya untuk merawat Amir, dia berjaya pulih sepenuhnya.

“Kami bersyukur dapat melalui ujian ini dengan penuh reda. Tidak saya nafikan sangat-sangat terganggu, sehingga tidak dapat fokus kepada perkara lain, malah saya mengambil cuti tanpa gaji selama 15 hari untuk menjaganya di hospital.

“Nasib baik Aqil sangat berdikari dan boleh tinggal dengan suami selama saya berada di hospital. Kami juga bernasib baik kerana mengambil kad perubatan dengan sebuah syarikat insuran. Bayangkan saja kos yang mencecah RM17,000 yang perlu kami tanggung tanpa perlindungan insuran,” katanya.

Bagi ibu bapa yang anaknya mengalami komplikasi selepas dijangkiti pneumokokal meningitis, mereka boleh mendapatkan nasihat doktor untuk memulihkan semangat diri dan keluarga. Namun, sayang ketika ini, Malaysia belum ada badan yang boleh membantu termasuk pusat maklumat am pneumokokal yang boleh memberi panduan mengendalikan pesakit.

Sehubungan itu, Zura berkata, sebuah badan khas perlu ditubuhkan bagi membantu pesakit pneumokokal meningitis.

“Kita perlu membentuk badan khas yang boleh memberikan maklumat dan menekankan betapa pentingnya kerajaan memasukkan imunisasi dalam jadual imunisasi kanak-kanak.

“Ini kerana imunisasi terhadap pneumokokal meningitis adalah perlindungan pilihan, jadi ibu bapa kerap memilih untuk tidak mengambil imunisasi ditambah pula harganya yang agak membebankan terutama kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya yang mengajak ibu bapa melayari laman web www.abc4pneumococcal.com dan menandatangani ikrar bagi memasukkan pneumokokal konjugat vaksin dalam Program Imunisasi Malaysia.

INFO

Faktor risiko lain pneumokokal


* Tidak ada limpa atau tidak berfungsi dengan betul
* Pernah mendapat rawatan akibat pneumonia
* Menghidap diabetes
* Masalah jantung kronik
* Masalah paru-paru
* Masalah buah pinggang atau hati
* Sistem imun yang lemah, mewarisi gangguan immunodeficiency atau menghidap virus human immunodeficiency (HIV) atau acquired immune deficiency syndrome (AIDS)
* Implan koklea


ikhlas dari sakura ..... -searching untuk menambah pengetahuan-


sebagai seorang ibu pasti rasa kesian pada anak yang dijangkiti selesema lebih-lebih lagi disaat dia tidur...

termasuklah sakura

sakit kepala memikirkan cara untuk membuatkan anak selesa semasa tidur ...

petua 1

-mengurangkan selesema-

bakar bawang putih sampai kelihatan gelap sedikit .....

psssstttt : jgn buang kulit tau

pastu tumbuk smpai hancur then tuang minyak zaitun or minyak masak sikit dan sapu pada
dada (jgn sapu byk sangat kang panas anak tu)

tapak kaki sikit ....

petua 2 ...

- untuk lenakan anak tidur disaat selesema

kupas kulit kunyit sedikit agak2 setengah inci ....

tumbuk dan letak minyak zaitun or minyak masak dan sapu sedikit di umbun2 anak ...

insyaallah anak boleh tidur dengan lena


petua 3

-elak anak terjangkit selesema dari ibu (mak, umi, mama)

kupas bawang besar ....

kerat 4 dan letak berdekatan anak semasa tidur...

bawang besar boleh menyerap sebarang kotoran diudara ...

insyaallah .......


yang peting doa bebanyak ya .....

dengan bantuan allah ...




apa itu erti senyuman untuk anda .....

ini adalah jutaan kegembiraan bagi sakura ....


senyum mu kesempurnaan umi


senyum mu tanda syg kepada umi


teruskan senyuman untuk kami berdua 


lov u haiqal



kami di hotel morib

best !!!!


haiqal with my husband a.k.a papa

kesempurnaan adalah memiliki mereka berdua

terima kasih atas anugerah yang tidak ternilai

terima kasih mak ayah membesarkan sakura

ehehehe 
ayat touching lak
lempang jap...!!!!

Salam ramadhan ,

Sedar x sedar kita dh berada di hujung2 bulan ramadhan .....

Salam aidilfitri pada semua muslimin dan muslimat ......

Maaf zahir dan batin

Di bulan ramadhan yg mulia ni .... sakura n hubby dapat hadiah dr haiqal .....

Berdiri dan menapak 3-4 langkah

Wah seronok tgk perubhan anak umi 1 per-1 .......
Si berani ni mmg x knal pnt dh jatuh smpai nangis2 pun still berdiri.....

Feveret aksi berdiri sambil tepuk tgn  ahahaha


Salam ....
Pejam celik .....dah besar anak sakura....erm.... betul la tiba2 rindu time dia baby ....

Peluk 24 jam pun x pandai tolak....

Sekarang pegang sikit dah kena tepis...

Hai...la si kecik. ....

Faveret haiqal ialah punggah almari paling dia suka almari tv .....

Tuuu....siap ada bukti tengah 'mengemas' ..... sbr je la ......

Dh ngantuk la....

Erm jgn terlajak sudah mcm semalam erm x bersahur la gamaknya....

Apa2 pun selamat berpuasa ....

Published with Blogger-droid v2.0.10

sharing is caring ...
cara mengelak anak mudah berkahak ....

Sumber: Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-anak



" ASSALAMMUALAIKUM " 

Bermula Ramadhan kali ni ....

sekali dengan sambut hari lahir Mohd Haiqal Hafiz...

Luv u syg

sekejap jer awak dah mencapai 1 tahun

 umi x sedar pun awak dh cukup besar sekarang ni 

tapi dihari lahir si bucuk sakura ni 

dia demam la pulak ....

kesiannya anak umi .....

sayang cpt sembuh ya ......

TAPI............

besday haiqal sama dengan Tun Dr Mahathir .....

wah ............!!!!!!!!!

sama dengan idola umi la syg .....

umi sentiasa doakan haiqal berjaya didunia dan akhirat ....

semoga menjadi zuriat umi dan papa yang bernilai di akhirat nanti...



sayang haiqal sampai bila2.....
sekarang suka buat muka macam2

ye la dh cerdik untuk buat segala benda kan .....


tak der kek kali ni

hanya moreh khas untuk haiqal ....

semuanya disambut di surau , kem papa ...

pulut kuning dan rendang ....

10 JULAI 2012






Sapa mahu cuba jualan mama herda chocolate cake sudah berada diputrajaya. Stok terhad siapa cepat dia dapat rasa....
Mari rasa pasti ada tidak menyesal ....
Kemewahan chocolate itulah kelebihannya....
Ramai sudah mencuba anda bila lagi....
Published with Blogger-droid v2.0.10

baru update sekian kalinya ....
uh...busy la ni dgn anak tersayang ....

jom citer pasai mess nite ....

alkisahnya .....

kami diberi mandat khas berkenaan cara yang sebetulnya ke majlis mess nite :-

1) pakai baju yg berjenis 2 piece even anda mengandung .
2) Kasut bertutup
3) No ketat2 k
4) berjenis dress dilarang
5) baju melepasi punggung
6)sopan santun skit

ok gitulah mandat sebagai pedoman sebelum geng p mess nite....

x cantik x per asalkan mengikut displin


dah tu x der apa dh ...

nak tempek gambar kami ....


*
*
*





sekian ........


belajar dari kesilapan untuk yg akan datang 
peace dear ...



Erm apa kaitan tajuk post kali ni
Telefon buruk....

Ingat x game zaman p motivasi dolu2...
cikgu bg 1 pesanan n smpaikan pada member ...
kalau group tu 10 maka 10 la ada perubahan maklumat...
yg tu sakura nak kaitkan

Byk kes dimana org menyampaikan cerita yg x tepat ...
blh timbulkan krisis .....

Kalau asalnya ayat pertanyaan blh ubah jadi ayat penyata....

Dia ada keje ker ?

Bila ubah

Dia kata ko x ada keje.

Ubah skit jd worse
 kesimpulan nya kna berhati la bila berckp dgn orang yg berjenis ini.

Just tried to show quality camera samsung galaxy 4....

From unprofessional photographer. ..

Nak bli let's think....

Any questions about experience using s4 is allow at wayofsakura.blogspot.com. ...

If I know about it ....I'm willing to answers. ..

Kalau x tau sakura x tau ok ....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Makin buat makin syok ..... so dah start beli macAm2 .....yes love it

Masih nmpk x kemas tp best bila dah nampak hasil .......

Nk cari bhn untuk starting blh bli daiso k.....

Daiso yg ada di aeon complex .....

Nanti nak cuba bt yang lebih advance. ...

Tqvm tutorial yang hebat dari Mr Google

Love .....

Salam , oleh kerana sakura x larat makanya dinner mAlam ni adalah ray burger . Burger delivery khas utk warga putrajaya.

Sempoi k order 2 ayam special 2 daging special.
Kalau ada warga putrajaya nk try boleh msg or kol no ni

Ray burger 0123224548

Cubalah pasti puas hati ehehehe
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

●○●○●○●○●○●○●○●○●○

Yati ♥ Hazrul ♥ haiqal

Jom shopping di sini ---->http://www.fabulousmom.com

murah2.... special for mom ok
sempena mother's day .....

ahahahahaha ........
kat luar mahal ow ......sini ada promo purchase with purchase  .........


mom to be pun boleh layan web ni ok ....super duper korang suka

untuk set breastpump pun boleh tahan harga dia .....

ni laman utama 

(sakura x dapat apa2 pun bayaran promosi)
sharing is caring tau




kat atas ni promo dia ....
pilih2 ......

tu sakura dah shopping :-




payment done tgh tunggu dia hantar jer ahahaha

semua kan mudah dengan internet 

ahahaha

(ya sakura mudah ko habiskan duit)

moment at kem senawang with my geng .......

penat tapi best ....lagi2 menyibukkan diri di gerai BAKAT ......ehehehehehe

~ majlis perasmian ~





pancaragam sedang beraksi


dak bam2 sibuk main bola .......



tengok tarian 


sudah selesai jejalan sambil snap gambar 
yeay!!!!!!


syura yg confius .... 
tq syura n ain tlg sakura jaga bam2


ok fine
si bam2 dah tersangat letih .....

semua dah selesai balik tido kat mess papa

~ papa sibuk sangat time ni ~
tp papa tetap layan sakura n bam2