twitter
rss

Satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun.
Tips terbaik untuk mengurangkan kesakitan mereka ialah:
  • Mengigit objek-objek sejuk seperti teether berasaskan pepejal silikon
  • Tekapkan tangan atau sudu sejuk di gusi bayi anda supaya berasa kebas
  • Biarkan bayi mengunyah biskut rusk, breadstick atau roti keras
  • Buah-buahan segar dan sejuk seperti timun atau pisang sejuk untuk dikunyah
  • Beri puting/pacifier untuk melegakan rasa sakit gusinya
Kita mampu menolong mengurangkan kesakitannya bila proses pertumbuhan gigi  itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti teether yang disimpan dalam peti sejuk (bukan freeze tau). Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

bagi yang baru bermula tahap pertumbuhan gigi perlulah membeli teether yang lembut dimana terkandung gel didalamnya , kemudian pada tahap kemunculan sedikit gigi .....bolehlah bertukat ke teether yang lebih keras lagi ini bagi mengelakkan bayi tersebut menggigit teether yang terkandung gel sehingga bocor atau pecah .

fungsi utama teether ini adalah untuk kebaskan gusi yang terasa sakit (bg teether disimpan dlm peti sejuk) dimana gusi anak akan berdenyut setiap masa.

ia juga digunakan untuk menipiskan gusi dan memudahkan pertumbuhan gigi dan mempercepatkan pertumbuhan gigi dan mampu mengelakkan kesakitan yang terlalu lama .


Jika perasan ,ciri2 anak yang akan tumbuh gigi paling ketara adalah sering keluarkan air liur ...
ini kerana fungsi air liur adalah untuk menyejukkan gusi yang sakit dan mengurangkan kesakitan ....

so janganlah marah anak bermain air liur kesian dia menanggung sakit .......

tips yang paling penting jika anak menghisap puting

pastikan disaat bayi berumur 3 bulan mulakan langkah membuang puting tersebut ....

ini mengelakkan gigi menjadi mancung ...

ok cara nk membuang puting dari ketagihan anak.

first amik jarum dan goreskan dibahagian puting secara garis lurus dan dilakukan secara bersilang

selepas cukup 3 hari puting tersebut akan terkoyak dan apabila anak menghisap dia akan berasa sakit dan menyebabkan dia menolak puting tersebut .

ini adalah tips dari jururawat pakar yang sakura jumpa ........

-tapi kalau senang cerita tak payah ajar anak isap puting-

info : penggunaan puting juga akan melambatkan proses untuk anak bercakap ..........
teether mengandungi gel

teether yang keras sedikit


0 comments:

Post a Comment