twitter
rss

sakura nak promote skit jualan penghabisan stok 2012 milik kawan sakura ....

handbag murah uolllssss ....

handbag nyer design terkini dan dijual dengan harga yang murah gitu .

jom layan 10 beg yang sakura dapat tangkap ni .....

 HB3132 SINGLE SHOULDER BAG - BLACK
Weight:     760.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00
RM35 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL : RM40


HB3152 SACTHEL BAG - BROWN
Weight:     1.00kg
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00
RM35 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL : RM40



BM0171 Bag - WHITE
Weight:     950.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00
RM47 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL : RM50



HB3072 DESIGNER BAG - BLACK
Weight:     800.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00
RM38 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL : RM45






RM50 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL:RM 55.00
Model:     HB3144 DESIGNER BAG - COFFEE
Weight:     900.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00




RM50 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL :     RM 55.00
Model:     HB3142 DESIGNER BAG - WHITE
Weight:     850.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00



RM50 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL: RM 55.00
Model:     HB3142 DESIGNER BAG - COFFEE
Weight:     850.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00




RM50 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL: RM 55.00
Model:     HB3142 DESIGNER BAG - PINK
Weight:     850.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00


RM42 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL: RM 45.00
Model:     BM0021 Bag - Red
Weight:     920.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00


RM42 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL: RM 45.00
Model:     CM0174 Bag - Black
Weight:     800.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00



kalau sesiapa berminat boleh emel pada sakura ok 
hazrul.yati@gmail.com

siapa cepat dia dapat ...
no booking please ....
next handbag will coming soon ....

perkara tersedak susu merupakan ketakutan yang paling ketara dikalangan ibu yang mempunyai anak kecil .
adalah masalah tersedak susu .

ok kat sini sakura nak berkongsi sedikit info ....

pernahkan anda mengalami dimana pada malam hari anak nak menyusu dan minum sampai tertidur tapi awas jangan sampai dia termuntah dan menyebabkan tersedak susu .......

jururawat yang sakura berurusan memberi tips dimana memasukkan setitik air suam kedalam mulut bayi bagi membersihkan mulut dan melarutkan kandungan susu ditekak . sedia maklumkan susu berstruktur ringan kan so guna air suam ni berat sikit blh tolak susu bagi mengelakkan bayi termuntah .

untuk makluman juga susu yang bayi muntahkan selalunya susu yang tidak elok ..... so sangat intelligent kan fungsi bdn manusia tolak benda yang tak berkhasiat or rosak . ataupun tipsnya mengiringkan sedikit badan bayi bagi mengelakkan muntah termasuk semula kedalam .

apabila susu yang duk terapung di tekak ni akan basi tu yang akan menjadi basi .....


sedang menyusu anak tersedak bagaimana ?

ni petua mak saya ok kalau anak menyusu dia tersedak ...pastikan terus angkat anak dan tiupkan kemuka anak ini membuatkan anak lemas dan dia cuba fight untuk bernafas tapi janganlah tiup kuat sangat sekadar lembut sahaja .....

secara tak langsung susu tersebut tidak akan terus menganggu pernafasan anak ni ......

dan paling penting pastikan anak menangis untuk membuktikan dia bernafas seperti biasa..... jika bayi anda masih diam tiup lagi sekali

tapi pas tu pujuk la anak semula ok ...........



Satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun.
Tips terbaik untuk mengurangkan kesakitan mereka ialah:
  • Mengigit objek-objek sejuk seperti teether berasaskan pepejal silikon
  • Tekapkan tangan atau sudu sejuk di gusi bayi anda supaya berasa kebas
  • Biarkan bayi mengunyah biskut rusk, breadstick atau roti keras
  • Buah-buahan segar dan sejuk seperti timun atau pisang sejuk untuk dikunyah
  • Beri puting/pacifier untuk melegakan rasa sakit gusinya
Kita mampu menolong mengurangkan kesakitannya bila proses pertumbuhan gigi  itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti teether yang disimpan dalam peti sejuk (bukan freeze tau). Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

bagi yang baru bermula tahap pertumbuhan gigi perlulah membeli teether yang lembut dimana terkandung gel didalamnya , kemudian pada tahap kemunculan sedikit gigi .....bolehlah bertukat ke teether yang lebih keras lagi ini bagi mengelakkan bayi tersebut menggigit teether yang terkandung gel sehingga bocor atau pecah .

fungsi utama teether ini adalah untuk kebaskan gusi yang terasa sakit (bg teether disimpan dlm peti sejuk) dimana gusi anak akan berdenyut setiap masa.

ia juga digunakan untuk menipiskan gusi dan memudahkan pertumbuhan gigi dan mempercepatkan pertumbuhan gigi dan mampu mengelakkan kesakitan yang terlalu lama .


Jika perasan ,ciri2 anak yang akan tumbuh gigi paling ketara adalah sering keluarkan air liur ...
ini kerana fungsi air liur adalah untuk menyejukkan gusi yang sakit dan mengurangkan kesakitan ....

so janganlah marah anak bermain air liur kesian dia menanggung sakit .......

tips yang paling penting jika anak menghisap puting

pastikan disaat bayi berumur 3 bulan mulakan langkah membuang puting tersebut ....

ini mengelakkan gigi menjadi mancung ...

ok cara nk membuang puting dari ketagihan anak.

first amik jarum dan goreskan dibahagian puting secara garis lurus dan dilakukan secara bersilang

selepas cukup 3 hari puting tersebut akan terkoyak dan apabila anak menghisap dia akan berasa sakit dan menyebabkan dia menolak puting tersebut .

ini adalah tips dari jururawat pakar yang sakura jumpa ........

-tapi kalau senang cerita tak payah ajar anak isap puting-

info : penggunaan puting juga akan melambatkan proses untuk anak bercakap ..........
teether mengandungi gel

teether yang keras sedikit


lalalalalala  ......sakura berusaha menukar rupa blog .....

ow tq puan daisy yang tolong sakura buatkan template blog ni


 
faktor pertukaran blog adalah zaman pregnant dh habis .....
sekarang zaman ibu pulak .........
sekarang berusaha untuk buat banner dlu ....
tunggu design blog yang terbaru okey ....


dulu sakura x pernah faham erti kasih ibu segalanya sekarang ni sakura lebih jelas maksud itu.

bila dah ada anak sendiri pasti kita sanggup berkorban demi anak .
sekarang ni sakura terhimpit antara kerjaya atau anak.

bg sakura anak segalanya .

patut ke sakura berhenti atau  bercuti tanpa gaji .

wahai anak umi syg kamoooo smpai bila2 .
harap nanti anak umi dh besar, dh berjaya x lupakan umi ya.

erm sakura x mampu nk tengok haiqal menangis sebegitu skali
smpai tersedu
smpai teresak
smpai bengkak mata
smpai mata pandang ke atas

baby sakura kalau menangis jika x pujuk terus. umi x slhkan pengasuh pastinya pengasuh hanya memujuk ala kadar sebab ramai lg dia nk layan .ya allah tabahkan hati hambamu ini .

aminyarobbilallamin.

umi syg haiqal


 info dari babycenter

Perkembangan bayi anda pada usia 3 bulan

______________________________________________________________________________
  • Menegakkan kepala dengan stabil- done
    • haiqal dah mampu tegakan kepala walaupun dalam keadaan meniarap.
  • Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik - done
    • mmg kuat btl kaki n tgn dia ........
  • Pola tidur lebih terkawal
    • masih jaga malam tapi sesekali jer
  • Jelas mengenali emak dan ayah
    • x perasan lak dia cm umi ngan papa dia hiiiiii
  • Mulalah membaca kepada dia sekarang - done
  • Perkembangan awal bahasa - done
    • kalau marah dia dh faham n buat muka sedih .......mampu senyum kalau ditegur oleh sesiapa ......
  • Sentuhan menjadi lebih sensitif - done
    • erm semua benda nk masuk mulut smpai handphone yg nk suh dia ckp ngan papa dia pun leh nk mkn ....wakakaka
  • Mula berinteraksi dengan orang lain - done
    • ngan semua orang dia senyum ....... x ckp ngan dia pun sibuk ckp skali .....
_____________________________________________________________________________

Menegakkan kepala dengan stabil

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.
_____________________________________________________________________________

Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.
_____________________________________________________________________________

Pola tidur lebih terkawal

Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.
_____________________________________________________________________________

Jelas mengenali emak dan ayah

Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.
_____________________________________________________________________________

Mulalah membaca kepada dia sekarang

Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.

Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).
_____________________________________________________________________________

Perkembangan awal bahasa

Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.
_____________________________________________________________________________

Sentuhan menjadi lebih sensitif

Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.
_____________________________________________________________________________

Mula berinteraksi dengan orang lain

Anak anda diprogram untuk "menerima", serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.
_____________________________________________________________________________

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.
_____________________________________________________________________________

 _____________________________________________________________________________


 perkembangan haiqal 3 bulan lalalalalala ......................

uhuuuuuuuu sudah start keje lalalalala...........

masa start tu payah skit la biasa la dh ada boboi haiqal ni .

wake up early than usualy .

kui 5 pg bangun dah ,
prepare ini prepare itu , include tugas penambahan stok susu .

wah cukup menguji jiwa dan mental .

lama-lama menjadi kebiasaan dan dianggap mudah.
so mlm tu gosok baju ,prepare brg boboi encem ni ,

kemas umah skit2 ..........

sok just urus susu n prepare diri nk pi office.

erm first day check in kt opis tu ,
wachaaa jiwa sgt kosong .........nothing
rasanya urat tugas as programmer dh ilang kot .

pegawai tanya flow sistem pun failed .
sungguh x ingat nk kena study balik .

sorry la jiwa masih kosong mmg x ingat apa2 ...aduhai
plus dengan kesedihan
kehibaan
kesayuan
kementalan

kesan menghantar haiqal ke pengasuh .

ni la jiwa dan perasaan seorang ibu
yg penting air mata tetap mengalir .

k jap tulis ni pun air mata trus bertakung ..

sob...sob..sob...

umi rindu haiqal .

la ni haiqal duk tido dlm buaian .

sat2 tgk wajah kesayangan hamba ni .
forever luv u syg .

- sakura-
using samsung galaxy tab#