twitter
rss

semalam tidak terungkap kesedihan yang menimpa s@kura , ya allah yang maha pengasih dan penyanyang lindungi lah pakcik yang semalam ditemukan dengan ku .

ya allah tidak sanggup kiranya aku terus bertemu pakcik tersebut yang berjalan kesana dan kesini menjual keropok keping .

betapa hampanya pakcik apabila kami kata tidak untuk membeli keropok pakcik ....
pakcik siap cakap " tak pa nak ......kalau x nak x pe la, terima kasih , assalamualaikum"

pakcik saya minta maaf bukan saya tidak mahu membantu tapi pada masa tersebut saya masih hanya menyimpan sepuluh ringgit untuk makan kebetulan en suami tertinggal wallet dirumah .

pakcik apa daya kami , selepas pakcik meninggalkan kami , airmata tidak henti2 menitik ...

sampai suami yang risau .

tapi pakcik telah ditemukan dengan seorang lelaki yang baik hati dari kami ,

pakcik ditawarkan makan dan lelaki tersebut membayar kan untuk pakcik , dan membeli keropok pakcik .

tiba2 suami bersuara dimana anak2 dia dah tua tapi berhempas pulas mencari rezeki sendirian ,

semoga pakcik sentiasa diberi kebahagian dan kesenangan hidup didunia dan akhirat .

pakcik jika allah menemukan kan kita sekali lagi pasti saya akan membeli keropok pakcik dengan niat membantu pakcik .

senyuman pakcik membuktikan keikhlasan pakcik menjual walaupun tiada sesiapa yang membeli .

pada sesiapa yang berjumpa beliau sila lah membantu kerana hanya allah yang akan membalasnya .

kawasan yang saya berjumpa dengan pakcik

- kedai makanan , bukit indah , ampang
- memakai kopiah
- menjual keropok keping (ikan parang)
- harga sebungkus RM15.

0 comments:

Post a Comment