twitter
rss

s@kura nak berkongsi sesuatu mengenai software yang digunakan untuk edit gambar .....
software ni adalah free jer
boleh kalau nak pakai bila2 dan hanya install kedalam pc anda .......

cara nya download di link dibawah :-

http://www.photoscape.org/ps/main/index.php

best sangat menggunakan software ni untuk edit gambar . kalau x pandai pun sure akan pandai juga ....

very friendly sofware .......

cth gambar yang s@kura dh cuba untuk edit

cantik x hehehehe ....

kalau yang lagi kreatif mesti boleh jadi lagi cantik .....

video penggunaan nya seperti berikut :-

  1. http://www.photoscape.org/ps/main/help.php?id=paintbrush
  2. http://www.photoscape.org/ps/main/help.php?id=clonestamp
  3. http://www.photoscape.org/ps/main/help.php?id=effectbrush
antaramuka bagi photoscape :-

Minggu ke-22

Sebagaimana perut anda mengembang, fikiran anda juga tidak lari daripada memikirkan insiden-insiden seperti terjatuh dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam setiap pergerakan anda sebelum sesuatu insiden buruk berlaku.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 350 gram dan panjangnya pula lebih kurang 7 inci panjang iaitu 19cm. Bayi terus berkembang. Kelopak mata dan keningnya membentuk dan kukunya juga dapat dilihat. Cecair amnion bertukar setiap hari di dalam badan atau sebenarnya tiga kali cecair tersebut ditukar setiap jam. Bayi anda akan menelan cecair amnion dan menyerap masuk ke dalam badan dan diserap keluar melalui tali pusat dan dan plasenta. Selebihnya bayi membuang air kecil ke dalam cecair amnion tersebut. Bayi menggunakan cecair amnion tersebut sebagai ‘air mandiannya’ dan sebagai minumannya. Sementara nutrisi diperolehi daripada cecair amnion tersebut, sebahagian besar nutrisi datang daripada plesenta.

Apa yang berlaku pada anda?
Proses pembesaran perut anda tidak menyukarkan anda ketika ini. Anda dapat duduk, berjalan dan membongkok tanpa rasa janggal. Minumlah lebih banyak air sepanjang kehamilan ini kerana ia dapat membantu badan anda yang memerlukan lebih cecair bagi membantu pengedaran darah. Jika anda melihat air kencing anda jernih, bermakna anda cukup minum air dan jika sebaliknya, minumlah air dengan lebih banyak lagi. Jika anda hendak tidur, berbaring secara latar akan membuatkan anda rasa pening disebabkan oleh berat uterus kepada arteri anda dan ia boleh menyebakan BP anda menurun. Bagi mengelakkannya, berbaringlah dengan cara mengiring ke kiri atau kanan dan gunakan kaedah mengiring ini ketika melakukan senaman di atas lantai. Elakkan berbaring secara mendatar atai meniarap semasa hamil.

Pengambilan nutrisi anda – Minum Air
Air sangat penting semasa hamil. Jangan mengabaikan kerana hakikatnya air membantu badan anda memproses nutrisi, membina sel-sel baru, menaikkan isipadu darah dan mengawal suhu badan. Kajian menunjukkan bahawa setiap 15 kalori dalam badan kita terbakar, badan memerlukan 1 sudu tambahan air. Untuk 2000 kalori yang terbakar, tubuh memerlukan lebih kurang 2 liter air. Peningkatan keperluan anda pada masa ini menjadikan anda memerlukan lebih banyak air.

Enam atau lapan gelas cawan sehari adalah baik untuk tubuh ketika ini tetapi ia tidak termasuk minuman ringan. Susu, jus sayuran serta buah-buahan dan juga teh herba adalah pilihan lain selair air kosong. Teh, kopi dan minuman bergas tidak dikira dan seharusnya anda perlu elak daripada minum minuman seperti itu. Natrium dan kafien di dalam kandungan minuman tersebut bersifat diuratik.

Air kencing anda adalah satu barometer yang bagus untuk memeriksa pengambilan air anda. Jika ia bewarna kuning yang lembut ke jernih, ia menunjukkan anda mengambil air yang mencukupi. Jika ia bewarna kuning tua, anda perlu menambahkan pengambilan air. Usah tunggu anda dahaga baru minum kerana pada waktu itu anda telah pun kehilangan 1% cecair dalam badan. Sebaiknya anda sentiasa minum sepanjang hari.



tq http://viaemma.blogspot.com/2009/02/40-minggu-kehamilan.html for info

s@Kura sekarang dh mengandung 22 minggu alhamdulillah.........

dengan rezeki allah swt s@kura cukup gembira meniti hari2 mengandung dengan tenang

walaupun s@kura terpaksa hadapi beberapa perkara ...
terima kasih keluarga dan suami yang tercinta sebab sentiasa memberi dorongan dan sokongan selama ini ....

pada 20 , 21, 22 ,24, dan 27 Feb 2012 s@kura menghadiri kursus php using codeigniter ....

kursus ni agak mencabar minda dalam mebangunkan sistem menggunakan latar belakang php ....

sebelum ni kami didedahkan dengan framework php berjenis PHP CAKE dan kini codeigniter .....rasa nya codeigniter ni lebih mudah difahami





syarat dalam pembelajarnya adalah mesti faham konsep function ........

teknik membangunkan function pada model , controller dan view .

cara pembangunan tu lebih mudah menggunakan netbean dari dreamweaver ........sebenarnya s@kura ni pengguna tegar dreamweaver .....tapi terjatuh cinta dgn netbeans plak ......

                                         

netbeans software




dreamweaver software

wah s@kura gumbiiiraaa....... gitu first day menggunakan gadget yg diimpikan dan hasil mengumpul duit sendiri kikikikiki....mengupdate blog ni ....

akhirnya dpt la device yg boleh digunakan 


utk update blog yeay....


huh ....salam ....semua ...
huh s@kura membelek gambar2 masa kawen ternampak lah hadiah yang berlambak kekangwan .....dan kenalan s@kura , mak n ayah .....

masa tu first time s@kura terasa penat nak bukak hadiah serius kan kelakar  ....
smpai bg hubby yang bukak .....

lenguh gak satu2 nak terokai apakah kandungan nya.......

wah gitu......

ucapan terima kasih jer s@kura dan suami dapat balas n alhamdulillah x pasal2 barang rumah kami terus jadi banyak ......

x perlu lagi nk sakit kepala nak pikir ......

siap ada trip last2 lagi tu......
bila ke umah mak n mak mertua mesti ada hadiah yang smpai bagi yang  x dpat menghadiri majlis perkawinan kami berdua .....

sekali terima kasih ........

 hadiah dari kawan baik hubby


s@kura mengalami kesakitan yang teramat sangat di tangan sebelah kanan ....kesakitan yang dirasai seperti tangan gagal digerakkan dan terasa amat sakit apabila s@kura memaksa untuk menggerakan tangan tersebut ........

jika s@kura bangun untuk mandi pasti gayung yang dipegang akan terlepas .......s@kura terpaksa mengurut tangan sekejap untuk mengurangkan kesakitan ........

mungkin ini lah tandanya kalsium mula berkurangan ........

terpaksa mencari cara lain untuk mengurangkan rasa sakit tersebut ......

semoga s@kura tabah menghadapi masalah dan kesakitan ini .......AMIN .......


berikut merupakan catatan pakar :



sila rujuk di http://drzubaidi.com/blog/?p=1500

18 minggu ...

inilah keadaan baby semasa 18 minggu

gembira  nya bila tengok anak sendiri .....



alkisahnya ......pada bulan november 2011 s@kura telah di sahkan mengandung wah... gembiranya .....syukur pada allah swt diatas anugerahnya yang cukup bernilai bagi diri s@kura .....

kisah suka dan duka selama bersama insan yang dicintai selama 8 tahun akhirnya telah diijab kabulkan pada oktober dan disahkan mengandung pada november cukup membawa nilai yang sangat besar untuk kami .......

hanya inilah bagi s@kura untuk erti yang baru .....

bagi pasangan yang telah mengikat cinta selama 8 tahun pasti inginkan kelainan selepas berkahwin .........inilah tibanya untuk kami menerima cahaya mata .

syukur diatas segala .......
ujian demi ujian yang menimpa s@kura cuba tempuhi dengan kesabaran akhirnya allah memberi kan hikmah disebalik nya .........