twitter
rss

Perlukah ???


wahai cik yang comel dan cantik ....
perlukah nak bermegah dengan harta dunia yang awak ada sekarang ?
perlukah nak show off everything harta yang allah bagi kat awak ?
perlukah nak buat muka lagak bila jumpa dengan manusia yang biasa2 ni ?
perlukah semua diatas wahai cik yang allah bagi kelebihan dari segi kemewahan untuk tujuan menguji awak tu ?
semoga s@kura tidak tergolong dalam golongan tersebut....
terima kasih allah segala rezeki yang telah dicurahkan pada kami .....
semoga dengan anugerah ni sentiasa menyedarkan kami agar sentiasa dijalanmu ya allah .


~ hazrul ♥ s@kura ♥ haiqal ~

anak ku








cubaan umi menjadi photographer

cantik x anak umi .......



sakura nak promote skit jualan penghabisan stok 2012 milik kawan sakura ....

handbag murah uolllssss ....

handbag nyer design terkini dan dijual dengan harga yang murah gitu .

jom layan 10 beg yang sakura dapat tangkap ni .....

 HB3132 SINGLE SHOULDER BAG - BLACK
Weight:     760.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00
RM35 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL : RM40


HB3152 SACTHEL BAG - BROWN
Weight:     1.00kg
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00
RM35 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL : RM40



BM0171 Bag - WHITE
Weight:     950.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00
RM47 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL : RM50



HB3072 DESIGNER BAG - BLACK
Weight:     800.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00
RM38 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL : RM45






RM50 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL:RM 55.00
Model:     HB3144 DESIGNER BAG - COFFEE
Weight:     900.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00




RM50 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL :     RM 55.00
Model:     HB3142 DESIGNER BAG - WHITE
Weight:     850.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00



RM50 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL: RM 55.00
Model:     HB3142 DESIGNER BAG - COFFEE
Weight:     850.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00




RM50 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL: RM 55.00
Model:     HB3142 DESIGNER BAG - PINK
Weight:     850.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00


RM42 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL: RM 45.00
Model:     BM0021 Bag - Red
Weight:     920.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00


RM42 (WITHOUT POSTAGE)
HARGA ASAL: RM 45.00
Model:     CM0174 Bag - Black
Weight:     800.00g
Dimensions: L: 0.00 x W: 0.00 x H: 0.00



kalau sesiapa berminat boleh emel pada sakura ok 
hazrul.yati@gmail.com

siapa cepat dia dapat ...
no booking please ....
next handbag will coming soon ....

perkara tersedak susu merupakan ketakutan yang paling ketara dikalangan ibu yang mempunyai anak kecil .
adalah masalah tersedak susu .

ok kat sini sakura nak berkongsi sedikit info ....

pernahkan anda mengalami dimana pada malam hari anak nak menyusu dan minum sampai tertidur tapi awas jangan sampai dia termuntah dan menyebabkan tersedak susu .......

jururawat yang sakura berurusan memberi tips dimana memasukkan setitik air suam kedalam mulut bayi bagi membersihkan mulut dan melarutkan kandungan susu ditekak . sedia maklumkan susu berstruktur ringan kan so guna air suam ni berat sikit blh tolak susu bagi mengelakkan bayi termuntah .

untuk makluman juga susu yang bayi muntahkan selalunya susu yang tidak elok ..... so sangat intelligent kan fungsi bdn manusia tolak benda yang tak berkhasiat or rosak . ataupun tipsnya mengiringkan sedikit badan bayi bagi mengelakkan muntah termasuk semula kedalam .

apabila susu yang duk terapung di tekak ni akan basi tu yang akan menjadi basi .....


sedang menyusu anak tersedak bagaimana ?

ni petua mak saya ok kalau anak menyusu dia tersedak ...pastikan terus angkat anak dan tiupkan kemuka anak ini membuatkan anak lemas dan dia cuba fight untuk bernafas tapi janganlah tiup kuat sangat sekadar lembut sahaja .....

secara tak langsung susu tersebut tidak akan terus menganggu pernafasan anak ni ......

dan paling penting pastikan anak menangis untuk membuktikan dia bernafas seperti biasa..... jika bayi anda masih diam tiup lagi sekali

tapi pas tu pujuk la anak semula ok ...........



Satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun.
Tips terbaik untuk mengurangkan kesakitan mereka ialah:
  • Mengigit objek-objek sejuk seperti teether berasaskan pepejal silikon
  • Tekapkan tangan atau sudu sejuk di gusi bayi anda supaya berasa kebas
  • Biarkan bayi mengunyah biskut rusk, breadstick atau roti keras
  • Buah-buahan segar dan sejuk seperti timun atau pisang sejuk untuk dikunyah
  • Beri puting/pacifier untuk melegakan rasa sakit gusinya
Kita mampu menolong mengurangkan kesakitannya bila proses pertumbuhan gigi  itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti teether yang disimpan dalam peti sejuk (bukan freeze tau). Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

bagi yang baru bermula tahap pertumbuhan gigi perlulah membeli teether yang lembut dimana terkandung gel didalamnya , kemudian pada tahap kemunculan sedikit gigi .....bolehlah bertukat ke teether yang lebih keras lagi ini bagi mengelakkan bayi tersebut menggigit teether yang terkandung gel sehingga bocor atau pecah .

fungsi utama teether ini adalah untuk kebaskan gusi yang terasa sakit (bg teether disimpan dlm peti sejuk) dimana gusi anak akan berdenyut setiap masa.

ia juga digunakan untuk menipiskan gusi dan memudahkan pertumbuhan gigi dan mempercepatkan pertumbuhan gigi dan mampu mengelakkan kesakitan yang terlalu lama .


Jika perasan ,ciri2 anak yang akan tumbuh gigi paling ketara adalah sering keluarkan air liur ...
ini kerana fungsi air liur adalah untuk menyejukkan gusi yang sakit dan mengurangkan kesakitan ....

so janganlah marah anak bermain air liur kesian dia menanggung sakit .......

tips yang paling penting jika anak menghisap puting

pastikan disaat bayi berumur 3 bulan mulakan langkah membuang puting tersebut ....

ini mengelakkan gigi menjadi mancung ...

ok cara nk membuang puting dari ketagihan anak.

first amik jarum dan goreskan dibahagian puting secara garis lurus dan dilakukan secara bersilang

selepas cukup 3 hari puting tersebut akan terkoyak dan apabila anak menghisap dia akan berasa sakit dan menyebabkan dia menolak puting tersebut .

ini adalah tips dari jururawat pakar yang sakura jumpa ........

-tapi kalau senang cerita tak payah ajar anak isap puting-

info : penggunaan puting juga akan melambatkan proses untuk anak bercakap ..........
teether mengandungi gel

teether yang keras sedikit


lalalalalala  ......sakura berusaha menukar rupa blog .....

ow tq puan daisy yang tolong sakura buatkan template blog ni


 
faktor pertukaran blog adalah zaman pregnant dh habis .....
sekarang zaman ibu pulak .........
sekarang berusaha untuk buat banner dlu ....
tunggu design blog yang terbaru okey ....


dulu sakura x pernah faham erti kasih ibu segalanya sekarang ni sakura lebih jelas maksud itu.

bila dah ada anak sendiri pasti kita sanggup berkorban demi anak .
sekarang ni sakura terhimpit antara kerjaya atau anak.

bg sakura anak segalanya .

patut ke sakura berhenti atau  bercuti tanpa gaji .

wahai anak umi syg kamoooo smpai bila2 .
harap nanti anak umi dh besar, dh berjaya x lupakan umi ya.

erm sakura x mampu nk tengok haiqal menangis sebegitu skali
smpai tersedu
smpai teresak
smpai bengkak mata
smpai mata pandang ke atas

baby sakura kalau menangis jika x pujuk terus. umi x slhkan pengasuh pastinya pengasuh hanya memujuk ala kadar sebab ramai lg dia nk layan .ya allah tabahkan hati hambamu ini .

aminyarobbilallamin.

umi syg haiqal


 info dari babycenter

Perkembangan bayi anda pada usia 3 bulan

______________________________________________________________________________
  • Menegakkan kepala dengan stabil- done
    • haiqal dah mampu tegakan kepala walaupun dalam keadaan meniarap.
  • Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik - done
    • mmg kuat btl kaki n tgn dia ........
  • Pola tidur lebih terkawal
    • masih jaga malam tapi sesekali jer
  • Jelas mengenali emak dan ayah
    • x perasan lak dia cm umi ngan papa dia hiiiiii
  • Mulalah membaca kepada dia sekarang - done
  • Perkembangan awal bahasa - done
    • kalau marah dia dh faham n buat muka sedih .......mampu senyum kalau ditegur oleh sesiapa ......
  • Sentuhan menjadi lebih sensitif - done
    • erm semua benda nk masuk mulut smpai handphone yg nk suh dia ckp ngan papa dia pun leh nk mkn ....wakakaka
  • Mula berinteraksi dengan orang lain - done
    • ngan semua orang dia senyum ....... x ckp ngan dia pun sibuk ckp skali .....
_____________________________________________________________________________

Menegakkan kepala dengan stabil

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.
_____________________________________________________________________________

Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.
_____________________________________________________________________________

Pola tidur lebih terkawal

Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.
_____________________________________________________________________________

Jelas mengenali emak dan ayah

Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.
_____________________________________________________________________________

Mulalah membaca kepada dia sekarang

Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.

Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).
_____________________________________________________________________________

Perkembangan awal bahasa

Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.
_____________________________________________________________________________

Sentuhan menjadi lebih sensitif

Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.
_____________________________________________________________________________

Mula berinteraksi dengan orang lain

Anak anda diprogram untuk "menerima", serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.
_____________________________________________________________________________

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.
_____________________________________________________________________________

 _____________________________________________________________________________


 perkembangan haiqal 3 bulan lalalalalala ......................

uhuuuuuuuu sudah start keje lalalalala...........

masa start tu payah skit la biasa la dh ada boboi haiqal ni .

wake up early than usualy .

kui 5 pg bangun dah ,
prepare ini prepare itu , include tugas penambahan stok susu .

wah cukup menguji jiwa dan mental .

lama-lama menjadi kebiasaan dan dianggap mudah.
so mlm tu gosok baju ,prepare brg boboi encem ni ,

kemas umah skit2 ..........

sok just urus susu n prepare diri nk pi office.

erm first day check in kt opis tu ,
wachaaa jiwa sgt kosong .........nothing
rasanya urat tugas as programmer dh ilang kot .

pegawai tanya flow sistem pun failed .
sungguh x ingat nk kena study balik .

sorry la jiwa masih kosong mmg x ingat apa2 ...aduhai
plus dengan kesedihan
kehibaan
kesayuan
kementalan

kesan menghantar haiqal ke pengasuh .

ni la jiwa dan perasaan seorang ibu
yg penting air mata tetap mengalir .

k jap tulis ni pun air mata trus bertakung ..

sob...sob..sob...

umi rindu haiqal .

la ni haiqal duk tido dlm buaian .

sat2 tgk wajah kesayangan hamba ni .
forever luv u syg .

- sakura-
using samsung galaxy tab#

wah berita opiz mak nk hantar mak pergi indonesia ......
hmmmmm dan2 nk hantar kan setelah 20 tahun mak ku menabur bakti pada company .

ni mesti sebab nk behenti nk pujuk la tu kan wakakakaka .

x pe la mak pi la tengok negara orang walaupun untuk bekerja .

mak ni orang yang jarang berjalan selain dalam malaysia . ni peluang dia naik flight utk penerbangan antarabangsa.

komen setelah balik dari yogyakarta.

orang sana semua baik2
mereka bawak kereta sangatlah berkhemah x akan lebih dari 80 km/jam
cuma pesanan dari egen sana berhati2 kat cni byk penyeluk saku.
mak interview operator tapi org yg datang hebat2 setakat soalan matematik pejam mata je jawab .
mak shopping beli mcm2 aloh2 kira jumlah belanja n convert ke RM rupanya baru habiskan RM35 . adui baru mak menyesal tau shopping lebih skit .tktlah dgr duit masa nk byr ribu riban bagai.

last sekali komen mak best lah tp kalau pi ngan anak2 mak lagi best .

.....................

ok kalau ada rezeki kita pi ya mak amin ............

:-)


pengasuh baby syg

 Alhamdulillah syukur........

Lastly ada jugak pengasuh muhammad haiqal.

Owwwww putrajaya bandar orang bekerja susahnya nk dapat pengasuh lagi2 yang bagus. Fully criteria as babysitter.

 Tampal sana tempek sini...... Iklan Saya memerlukan pengasuh untuk bayi bla.....bla...bla....

Demi anak ku umi jual no handphone umi ke masyakat putrajaya. 

» »

 » » »

 Tit.....tit bunyi msg handphone Pampers murah terus dari kilang bla.....bla....bla.... Aduihai dan2 hangpa bg mesej bagai nak promote. Ala  nk cari pengasuh bukan pampers murah Senyum je la kan.....

 Tip2 untuk mencari pengasuh di kawasan putrajaya.

 U olls just iklankan di web majalah.com Coz pengasuh ramai yang check latest iklan nk cr babysitter. Mesti ada kes cm sakura tampal n tempek kat lif bagai.

 Hopefully korang berjaya.


From .

wah kisah anakku baby haiqal.

 Baby haiqal yang debab cinta hati sakura ni ada masalah kulit yang sangat sensitif.

 Hihihi kenapa x ikut kulit papa yg sangat tahan lasak tu.

Kenapa ikut kulit umi ni hiiii....... Mula2 sakura dah beli produk johnson tapi haiqal x tahan jugak. Naik bintik2 merah semacam ruam. Dan haiqal selalu tergaru-garu
terutama dimuka dia smpai merah2. Dah tu kakak ipar suh pkai sabun ni............




 ----------- >



mak aihhhh sabun nyer makan puluhan ringgit ala syg umi ni very sensitif hokey

tp sabun ni mmg bagus untuk baby .

satu kotak around RM80 - RM90

ni description produk 


alhamdulillah selesai sudah acara pantang selepas bersalin ni hua........ Macam yang terpaksa sakura harungi. Urat putus dh pasti asyik pelupa jer. Ni sakura dh mula berkemas nk masuk rumah semula...... Banyak barang yang perlu dikemas lalalalalala......... Tapi mak sakura pesan suruh clearkan rumah tu hehehehe faham x? Clearkan maksudnya bersihkan secara islam ye la nak bawak baby masuk rumah tu kan. Sakura pun mencar kaedah dan cara dalam islam unruk memasuki rumah yang lama ditinggalkan. Berikut disertakan cara nya : 1. AzanMelaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2...Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni. 2. membaca surah Al-BaqarahSebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;"jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." 3. Banyakkan solat dan membaca Al-QuranDlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi) 4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-IkhlasAmalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali. 5. Pagar rumah cara Islam.Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.walahualam Insyaallah kita buat yang mampu. Beboi..............

Saya nak mencari pengasuh untuk menjaga bby haiqal. Lokasi di putrajaya. Sesiapa ada maklumat atau boleh mengasuh anak saya sila maklumkan atau sms saya di nombor 0137233832 Nanti saya call semula. Nombor ni x blh call sebab dari galaxy tab. :-) Tarikh start mengasuh 1 oktober 2012. Umur anak : 3 bulan.

s@kura............... Nak bebrbicara berkenaan individu yang pelik tetapi benar. Benar yang sebenar nya ok......... Pernah tak jumpa individu yang selalu mendabik dada. Berbangga diri., menunjukkan dia bagus, the best, hebat. Seriously sakura pernah jumpa individu macam ni, Perlukah, wajibkah, haruskah Sikap bergini............ Allah beri rezeki pada semua hambanya. Kenapa perlu nak menujukka kehebatannya yg x berapa nk hebat tu. Eh termarah pulak...... Oppppssss sorry sabar ya sakura......... Hihihi masalahnya malas nk jumpa orang mcm ni tp asyik terpaksa nk jumpa. Hello pakai sk11 pun nk menunjuk ker...... Org ln pakai lama x over mcm u pun wakakaka....... Pakai handphone canggih pun perlu ker keluarkan dari beg 20x walaupun x berdering, Sambil bermain dengan touch screen tu. Lg kelakar bila tgk macam batak pun ada. Ahak....... Kesian mesti tak pernah guna gadget canggih ni tu yang over gilew...... Heeeeee.......... Sian awak penat nak bercerita kehebatan keluarga awak Walhal semua orang tak peduli bahkan makin menyampah ok. Semua org x suka nk hadap awak sebab sikap kebanggaan awak X pe la semoga awak berubah dan sentiasa berfikir kelebihan mendabik dada, Insyaallah negatif nya lebih jelas dari positif. Sekian celoteh saya hiiiiiii, Semoga jadi peringatan pada sakura sendiri. :-)

sebelum balik kampung hari raya kedua hari tu ,
saya dan suami tercinta decide nak beli car seat,

wah kaya kooo senah beli car seat masa nak sambut raya ......
alhamdulillah rezeki allah untuk haiqal .

dan2 PM umum kakitangan kerajaan dapat bonus ....
st
terima kasih PM bermurah hati membantu kami .......

guna duit tu la menghabiskan duit beli car seat dan stroller .

ahahahaha mula2 mencari di manjaku ,bangi

pastu husband nak try tengok2 kat carefour ,
 kemudian buat keputusan beli kat manjaku jer .....

ye la banyak pilihan senang nak buat keputusan ,
 masa ni dalam pantang so x blh nk jalan sgt ....
agak limited pejalanan .........

berani kan kang kalau bentan baru padan muka.

ni dalam kategori terpaksa sesangat

tapi x berjaya beli jugak ahaha sebab x tau baby haiqal ni selesa or tak dengan car seat tu ......

next day tu  datang plak bawak baby haiqal ngan atuk mak dia hihihihihi.......

letak jer dalam car seat bantai tidur dak comei ni



selesa sangat la tu .......

tapi bukan letak kosong macam tu 

we all tambah dengan tilam ngan batal sampai jadi macam ni 

mcm apa tah car seat tu jadi hihihihi ....

baby kan so mmg kna bagi dia btl2 selesa 
sebab perjalanan jauh

tapiiiiiiiiiii........

sekejap jer dia nak duk pastu dia meraung, erm lastly letak tilam tebal2 jer dia tidur lena........


raya......raya.....

tahun yang gembira .......
allah beri peluang saya beraya sebagai seorang anak, menantu, isteri dan ibu ......

terima kasih allah .

wahai anakku tahun ni umi bertuah ada awak .

beraya dgn anak dan suami.


my family

ni dgn my whole family yahooo,kami gembira


salam aidilfitri buat semua......
2012

doktor maklum kan bahawa saya dan rakan sebilik akan di induce pada pukul 12 malam ...
wah kenapa malam sangat ya terkejut tau .... tapi rakan sebilik x sempat diinduce
terus dibawa ke labour room ... s@kura stay di bilik sampai esok pagi sesorang ..... malam tu s@kura dah tak tahan menahan sakit selepas di beri induce tablet ...
terus panggil doktor .... doktor datang check pada pukul 6.30 pagi tambah lagi 1 induce ....
sakitnya tuhan saja yang tahu .... lagi2 doktor yang kasar kan ...
en suami datang pagi tu nak jenguk s@kura ....
mmg husband x cukup tido memikirkan isterinya nak menempuh kesakitan nnt ...
terima kasih suami ....

pukul 11 nurse datang dan doktor check lagi brapa cm yang dah terbuka ...

doktor kata 3 cm .....
ok tolak labour room ....

masukkan ubat untuk membuang ...

wah ...terus mencari tandas ....
berlari x cukup tanah rasanya ...

selesai ..........

nurse dtg nak bawa ke labour room ...

takut dah sangat time ni .......
badan s@kura panas sgt ....
nurse kata demam ....

diorang pun mandikan s@kura dengan cara lap2 jer ....wah sejuk smpai gigil rasanya ....

cucuk lagi drip utk induce ....time ni s@kura rasa kesakitan x terhingga ....s@kura pejam mata dan sebut nama allah ...

hubby kat sebelah pun x heran dah ....
cm x wujud dia .....
yg s@kura tau sakit sesangat rasa nak menjerit sekuat hati ....
pinggang macam dipijak2 di patahkan ....
wah nilai kesakitan ni x blh byr .

inilah pengalaman sakura . susah tp gembira sgt .
syukur

cinta hafizs
suamiku & anaku

rindunyer nk berblog hihihi.....
ceritera kisah dalam pantang .
lain negeri lain cara nya.
tapi amat payah bg sakura sebab cara dari johor lwn dengan terengganu .
sangat berbeza.


tapi sebab sakura duk ngan mak soooooo mmg akan guna cara my mom la ........

tp masa kat hospital agak pening gak yg mak kata blh mkn yg mak mertua kata x blh yg mak mertua kata blh mak plak x blh.

selama seminggubagak tertekan dengan masalah susu x ada lg .

inilah ujian seorang ibukan.
inilah nilai pengalaman bg seorang ibu membentuk kita jadi lebih tabah dan sabar .

btw banner pun x sempat nk buat baru zaman preggy dh tamat tp still x sempat nk tukar .

sekarang saya dah jadi umi .
alhamdulillah terima kasih allah memberi peluang ini


inilah cinta hati saya dunia akhirat
muhammad haiqal hafiz


   tarikh keramat buat s@kura dan en suami .
lahirnya putera sulung kami ......pengalaman terindah buat kami berdua.
terima kasih ya allah diatas anugerah ini .
anugerah yang tidak ternilai buat kami berdua untuk teruskan perjalanan hidup kami

pada tarikh 9 july 2012 en suami mengambil cuti untuk membawa s@kura ke hospital tuanku mizan bagi menjalani pemeriksaan seterusnya menyerah diri sebab dah overdue 6 hari ......

tanpa ada rasa sakit nak bersalin selain sakit2 pinggang biasa n kaki bengkak.
doktor buat keputusan untuk paksa bersalin .

ada beberapa kaedah paksaan termasuk cubaan membuka pintu rahim secara paksa .
dan doktor dah berjaya membuka 1.5 cm ......

sakit ?
serius mmg telalu sakit sehingga s@kura menitiskan air mata dan tidak mampu berjalan lagi ....
dokumen untuk dimasukkan ke wad diuruskan oleh doktor sebelum pendaftaran dibuat di bahagian pendaftaran .

ayat pertama keluar  dari mulut s@kura
"abg sakitnya........."
air mata x behenti menitis ......

urusan masuk wad pun selesai .....kerusi roda pun sampai s@kura tak boleh berjalan coz dah bleeding ......
sampai di wad dah ada orang ... umur dia baru 22 tahun ... panggil dia mya .....
s@kura jeling kat nama dia ada tulis wife of capten ...... ok isteri kepada kapten gak lega rasanya ...kalau majer jenuh plak hubby nak tabik duk dalam satu bilik ..... so duduk la dalam bilik tu menunggu keputusan doktor untuk induce ..... bersambung .............................

wokey sudah beli produk sendayu tinggi untuk jamu selepas bersalin lalalalala.......
seronok sangat .......sebab....dah ada set nk kuruskan badan balik kekekekeke.....

insyaallah......

plus dengan bengkung skali ........









tapi .................

bengkung tak boleh pakai ...sebab ...........

badan gatal2 kesan tranfusi darah pas bersalin 

tapi misi nak pakai lepas badan dah elok skit dari gatal2 .....












layan citer ni hari2....

tengokla citer ni best u ollls.....

hari2 hadap cite ni sebab cuti kan dh 2 minggu ni duk kat umah rasa syg plak cuti 
tapi anakku x mau kuar lagi kikikiki....

tak per la tunggu je la si comei ni nak kuar .

citer ni kat astro ONE HD

kisah wanita yang ditinggalkan suami sebab diri x terurus selepas kawen
mmg selekeh giler rambut kerinting ....perut buncit lagi .
tapi lepas bercerai dia berubah semula jadi cantik sangat .

nyesal terus husband dia ...padan muka .

pastu ada la....kisah dendam janda kepada ex-husband dia.
sedih skit citer ni .....
tapi miss ahjuma ni mmg penyabar .
insan yang tabah .
bersama penguat semangat dia ....
sapa lagi anak dia yang comei dan-bi .....

tengok la kalau boring2 .....
tgk siang
09.15 am hingga 10.40 am

tgk mlm 
10.25pm hingga 11.50 pm ....

eh promote plak ......


ermmmmm cik timah mana plak duk habaq ni ....
ekekekeke ....... ingat tak dalam post yang dulu sahabat s@kura pi umrah .......
s@kura order akar fatimah ........

ingat kan hihihihihi......

first of all thanks a lot my dear sis  cik amirah yang sudi belikan.
leh baca balik kat post ni kalau lupa ......
klik disini............

apa lagi pas dapat akar fatimah .....terus la merendam .
woooooo........kembang .
tepon mak .....
mak suh minum n sapu kat perut .

alamak nak minum ya ........

ce tengok .....

kembang macam mana .
x pe la ikut je la petua org2 tua.
jangan bantah mereka2 ni dh mkn garam dulu dari kita kan .

.
.
.


.

basuh baju baby.......

lalalalala........

perah baju kna pelan2 .......

knapa ya no komen 

ni petua org dulu alasan nnt bby rajin mengeliat
tp klau selalu mengeliat baby cptbesar kn 


basuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........
layanzzzzzzzz
.
.
.
.
.





ok la mentang2 cuti skang ni
bukan main gatai tangan membelibelah kan puan s@kura.

yo la hari2 duk lyari groupon duk mencari diskaun hebatkekekeke...

alkisahnya dah beli 1 voucher mencetak gambar sebyk 200pcs
Rm55.

murah ke mahal?
of cause la murah ececececece,

dh print bebyk x larat plak nk menyusun dalam album.
padan muka sendiri .

dari pukul10 malam sampai pukul 2 pagi baru selesai pas tu sambung tengok bola plak .

iyo la time nyusun gambar tu euro kan .
layan je la dgn en suami .....

u olllsss ni back dated story tau kang ada yg ingat s@kura merapu .
ye la semalam kan dah final euro spain menang ....... 4 - 0

eh larik topik plak ......

jom layan aksi menyusun gambar tersebut....

.
.
.






yuuuuuhuuuuu......

s@kura tetiba teringin nk makan butter prwn ......
pergggg apa lagi mencari la dengan mr google....
.

secara jujur memang agak rumit n susah nk dapatkan struktur kerangupan nya

petuanya :


kna pakai senduk
curah telur yang telah di pukul sedikit demi sedikit n tinggi sikit
api perlu betul2 panas .
telur jangan dipukul terlalu lama .

alahqai banyaknya peraturan. kalau nak resepi u ooolllsss cari la di mr google k
siap ada video lagi .......
.
skang s@kura huplod (upload) gambar butter prawn yang x berapa nak jadi tu......

ermmmmmm......
.
.



pikir2 punyer pikir nak pakai kan baby nnt produk apa ya .......
lastly decide nak cuba produk johnson baby.


beli 1 set dari kilang terus ......
harap2 baby x alah ngan produk ni .

x sabar nk guna barang2 yang dah dibeli......lalalala.....





wooooooo....lama x update blog kan .....
alkisahnya ......s@kura jatuh bilik air ........
scary kan .......inilah perkara yang terjadi bertarikh 30 jun 2012
hanya tuhan yang tau kesakitan yang dialami ......

inilah akibat memakai selipar kan.....
tp s@kura pakai sebab terpaksa .
kaki bengkak .mana muat nak pakai sandle pregnant yang en suami belikan .

tapi...... benda nak jadikan ......

mula2 niat nak pi jualan clearance stock di ampang point tapi terus ganti dengan pi check di klinik idzham , taman kosas,

alhamdulillah baby ok tp sampai sekarang s@ kura menahan sakit kaki dan tgn yang menahan semahu- mahunya supaya baby selamat.

kalau terlebih berhati- hati pun jadikan .

doakan s@kura ya kwn2 supaya semuanya selamat .

s@kura akan lebih behati2......insyaallah .

saya sayang mak saya ....
saya sayang seluruh ahli keluarga saya

mesti semua pun sayang dengan family sendiri kan ....

inilah blog s@kura bagi tujuan meluahkan perasaan cinta , kasih , dan sayang pada keluarga yang tercinta .................


bila dah start kaki bengkak macam belon ni mak la insan yang paling risau tahap gaban ......

setiap jam telefon tanya kesihatan anak dia ...

naper ya ...dia paham anak dia dapat suami yang busy dengan tugas negara ...

terima kasih mak .....
sayang mak sampai bila -bila


mak sakit kaki ...
mak urut kaki ..............

mak sakit tangan .............
mak urut tangan ................


mak tak larat tapi mak buat jugak sebab demi anak .....
demi cucu

terima kasih mak ....

sayang (berjuta-juta kali) untuk mak ............... ;)


hari ni mak amik s@kura lagi macam biasa takkan bagi tinggal dirumah sesorang ....

hari2 lepas balik kerja mak mesti amik anak dia ke rumah sementara tunggu en suami balik ..........


tq mak
luv u mak ........

ok pada yang nak tau bagaimana permohonan cuti bersalin 3 bulan mula-mula download dulu borang dibawah :-

www.jpa.gov.my/docs/pp/2010/14/pp142010.pdf


isi la borang diatas kemudian hantar pada ketua jabatan ...........
pastikan kepilkan bersama dokumen pengesahan dari doktor dari tempat yang kita checkup tu ......

ok ....kemudian isi borang GL pula .........

 tajuk surat tu SURAT PENGESAHAN DIRI DAN PERAKUAN PEGAWAI

SURAT PENGESAHAN DIRI DAN PERAKUAN PEGAWAI

Isi la mana yang patut then hantar kat human resource .......ok ....... 

senang dan mudah kan ..........


selamat becuti ....

s@kura kejer sampai ari jumaat ni jer kemudia cuti lalalalala ......

happy gitu .................

3 bulan owwwww .....