twitter
rss

Tasik banding atau dikenali sebagai Tasik Temenggor di Lebuh raya Timur Barat antara negeri Perak dengan Jeli di Kelantan.
Terdapat sebuah pulau di Tasik banding yang dikenali sebagai Pulau Banding .

Pulau Banding dibangunkan sebagai pintu masuk ke Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, merangkumi kawasan Taman Negeri Royal Belum, Hutan Simpan Belum dan Hutan Simpan Temenggor. Tempoh pembangunan antara 10 ke 15 tahun dengan kos RM600 juta . Antara yang akan dibina ialah chalet, jeti bot, pusat maklumat, restoran dan pusat penyelidikan dalam projek pembangunan tiga fasa.

Jarak dari Ipoh ke Tasik Banding  ialah 200 km ke arah Gerik menuju ke Jeli di Kelantan. Laluan tersebut ialah Lebuh raya Timur Barat. . Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.

0 comments:

Post a Comment