twitter
rss

Perhatian!!! Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa(Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem ini.

sungguh meletup make up dan pernikahan azad jasmin dan eira syazira .........

s@kura sangat berminat dengan make up eira ni ...serius cantik ......

tak over tapi mantop .......


sangat suka la .....nampak seri wajah pengantin baru ni ..........
 
kepada makcik saya yang bakal make upkan saya boleh tak saya nak make up mcm ni ....

even muka x secantik si dia ni ...tapi bagi cantik jugak ........
k.......







gambar dari G.I PHOTOSHOOT n PHOSGRAPHIS PHOTOGRAPHY
memang superb .......

cantik dan real .....

hah ....uolss......

semakin tiba tarikh tersebut ............
erm tengok gambar kat wedding tickers tu makin rapat la plak ......






takut........

  1. 24/09/2011 ~malam~ jumpa dengan syarikat pencetakan banner di ampang.
  2. 25/09/2011 ~malam~ jumpa dengan imtiaz motion bincang berkenaan konsep video .
  3. 26/09/2011 perbincangan penggunaan catering n canopy
  4. 02/10/2011~ fitting baju sebelah majlis lelaki.
  5. 04/10/2011 - 07/10/2011 ~ berkursus di Seremban .
  6. 08/10/2011 - persiapan barangan door gift
  7. 09/10/2011 - persiapan hiasan hantaran
  8. 10/10/2011 - spa....wah manjakan diri .......
  9. 12/10/2011 - pre wedding photoshoot (ni byk kali kena tunda kerana kesibukan en tunang )
  10. 13/10/2011 - urusan pelamin dan baju .

that's all......
fuh nampak padat la untuk urusan kawen

wah sungguh DONIA skang ni ......
jangan sangka orang sentiasa baik dengan kita walaupun kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk mereka .....

kesian kawan bila susah .....tapi inIlah DONIA ........
kawan sangat suka kita susah dari tgk kita senang ......

ok .......
cuma 1..... saya tak akan balas apa yang telah anda buat .....
tapi selepas ini tiada bantuan yang datang dari kebaikan hati akan wujud untuk anda ......

selama ni memang tak kisah
tapi sekarang gagal.......

baik.........huh memang suka sangat baik dengan orang sehingga sanggup bersusah payah .......
tapi baik terpaksa di simpan kerana ..........
susah nak jadi baik kerana tiasa yang menghargainya .....

Ya allah terima kasih memberi kesedaran dan mematangkan diriku ........

It's started. I received my first RIFT fishing email today supposedly from Public Bank.

A simple email with no graphics saying something about account has been locked due to some internal issues on 13/09/2011. And a link to click to remedy the situation.

~Please ............ Never click these links. Close out of or delete the email. And go to the direct site to check on your account. ~



example :


Your PBE account has been locked due to some internal issues on 13/09/2011. To avoid losing important information such as your current ballance, scheduled payments or payees, you must unlock your PBE Public Bank account.
Please follow these steps:
1. Visit our secure website located at:
   http://ll194-133-233-204-194.ll194.iam.net.ma/berhad/pbesecure.com.my/pbe/
2. Login using your username and password.
3. Enter the PAC you receive via SMS in order to unlock your account.
4. Logout. Please wait between 2-4 hours for your account access to be restored.

We apologize for any inconvenience this may have caused.
Thank you for using PBE Bublic Bank.

Regards,
PBE Customer Service
________________________

Please remember: PBE Public Bank will never ask you for sensitive information such as your credit card number or PIN. Do not give your PIN to anyone.
________________________


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

WAHAI TUHAN..
SELAMATKAN UMAT INI
DARI KECELAKAAN DAN SEGALA KECELAKAAN
... DARI KEBIMBANGAN DAN KELUH KESAH

YA ALLAH..
PERKENANKAN DOA KAMI YA ALLAH..
PERKENANKAN DOA KAMI YA ALLAH..
AMIN..
 
 
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.
 
 
~ Ya allah aku mohon perlindungan mu.........~
sesungguhnya hambamu kini dizalimi sifat dan kebencian manusia
ya allah aku tetap berpegang pada jalan mu ......
luruskan perjalanan ku agar bertemu denganmu dengan kemuliaan
andai ini adalah balasan dari sikapku sendiri ampunilah hambamu .........
 
terimalah taubat dan penyesalanku ...
 
inilah hambamu yang lemah hanya bergantung pada kekuasaanmu .......
ya allah terima la permohonan hambamu ...............
 
ya allah terimlah permohonan hambamu ini .........
 
ya allah aku merayu terimalah permohonan hambamu ini .......................
 
~ semoga kita sentiasa dijalan nya ........ ~
~ semoga allah sentiasa membantu kita menghadapi kezaliman manusia ~
 
~ semoga amal kita sentiasa diterima ~




Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”



(Hadits Riwayat Imam Muslim)


Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun. Ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadits riwayat Tsauban bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya:

“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”



(Hadits Riwayat Imam Al-Darimi)

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Hukum Dan Kedudukan Orang Berpuasa Sunat Menghadiri Jemputan Rumah Terbuka



Amalan berziarah atau berkunjung-kunjungan di Hari Raya Aidil-Fitri sudah menjadi adat bagi kita. Tuan rumah sudah pasti menghidangkan berbagai jenis juadah khususnya ketika mengadakan majlis rumah terbuka atau yang lebih biasa disebut dengan "open house".

Bagi mereka yang sedang berpuasa sunat enam, ini adalah satu dilema yang sukar dielakkan di hari raya ini, apatah lagi jika tuan rumah itu mengkhususkan jemputannya di waktu siang. Sehinggakan ada yang menjadikan alasan berpuasa sunat itu untuk tidak menghadiri jemputan ataupun menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa enam.

Perlu diingat bahawa berpuasa bukanlah tiket serta alasan untuk tidak memenuhi jemputan. Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Dalam satu hadits riwayat Imam Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan maka hendaklah dia memenuhinya. Jika dia sedang berpuasa maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa maka hendaklah dia makan.”


(Hadits Riwayat Imam Muslim)



Orang yang diundang menghadiri jemputan sedangkan dia berpuasa, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya untuk memakan makanan yang dihidangkan kepadanya oleh tuan rumah. Jika puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan dan sebagainya ke atas tuan rumah dan para hadirin.

Adapun jika sekiranya puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa sunat, maka adalah dibolehkan baginya untuk berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu bahkan adalah sunat baginya untuk berbuka seandainya tuan rumah itu merasa tersinggung jika dia tidak memakan makanan yang dihidangkannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menyuruh orang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, Baginda bersabda:

Maksudnya: “

"Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”



(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)



Ini sama halnya dengan tuan rumah yang menjemput ataupun didatangi oleh tetamu padahal tuan rumah itu sedang berpuasa sunat, lalu tetamunya itu berkeberatan untuk memakan makanan yang dihidangkan olehnya dan tidak mahu memakannya kecuali jika tuan rumah yang sedang berpuasa itu turut makan bersamanya – maka dalam hal ini, sebagai menghormati tetamu itu, adalah lebih afdhal bagi tuan rumah itu untuk berbuka dan makan bersama-sama tetamunya tadi kerana Ummu Hani’ Radhiallahu ‘anha sewaktu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pergi berkunjung ke rumahnya, Ummu Hani’ menghidangkan minuman kepada Baginda. Setelah minum, Baginda memberikannya semula kepada Ummu Hani’, lalu Ummu Hani’ pun meminum bakinya. Kemudian Ummu Hani’ pun berkata:

Maksudnya:

"Aku telah berdosa, maka mintalah keampunan untukku, Baginda bersabda: Apakah ia (dosamu itu)? Katanya: Aku ini berpuasa, dan aku berbuka. Baginda bersabda: Adakah puasa qadha yang engkau kerjakan itu? (Ummu Hani’) berkata: Bukan. Baginda bersabda: (Berbuka puasa sunat itu) tidak memberi mudharat kepadamu."



(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).



Akan tetapi jika tuan rumah atau tetamu itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika dia meneruskan puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdhal dan lebih utama baginya untuk terus berpuasa.

Jika dia berbuka juga maka dia tidak akan beroleh pahala puasa yang telah dilakukannya tadi. Berlainan halnya, jika dia berbuka kerana keuzuran misalnya kerana ingin menemani tetamunya makan atau untuk menjaga hati tuan rumah, maka puasanya tadi itu akan diberikan pahala sungguhpun dia tidak dapat menyempurnakannya sepertimana yang disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Bagaimanapun, tidak meneruskan puasa sunat tanpa keuzuran adalah makruh di sisi hukum syara‘ berdasarkan zahir firman Allah Ta‘ala dalam Surah Muhammad ayat 33:

Tafsirnya:

“Dan janganlah kamu batalkan amalan kamu!”



(Surah Muhammad:33)

Hukum Menqadha Puasa Sunat

Orang yang sedang berpuasa sunat adalah berkuasa ke atas dirinya samada ingin meneruskan puasanya ataupun tidak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Ummu Hani‘ Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:

“Orang yang sedang berpuasa sunat itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia berpuasa dan jika dia mahu dia berbuka.”



(Hadits Riwayat Imam Ahmad)





Menurut pendapat mazhab Imam as-Syafi‘e, orang yang tidak meneruskan puasa sunat samada kerana keuzuran ataupun tidak, maka tidaklah wajib ke atasnya menqadha puasanya itu bahkan hukumnya adalah sunat. Ini kerana jika hukum menqadhanya adalah wajib, maka sudah pasti hukum tidak meneruskannya (puasa sunat) adalah haram.

Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:

“Aku membuat makanan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Baginda dan sahabat-sahabat Baginda pun datang. Maka apabila makanan dihidangkan, seorang laki-laki daripada suatu kaum berkata: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa." Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu."”



(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)



Maka ambillah peluang ini dengan sebaiknya kerana puasa enam ini berserta kelebihan-kelebihannya hanya hadir setahun sekali. Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan puasa enam itu bukan dalam suasana hari raya.

.....................................pre weddding photo...................................................

oleh kerana en tunang always busy every time .....
me can't guess when he is free ........
when s@kura always ask about this issue ...............
confirm n tepat skali ...this is time 4 fight ......
actually ....my dear mr fiancee dislike to take some picture however he will cosider 4 important things ............. 

tapi bg beliau pre wedding photo i'ts not important ........
how ????????????

hari2 mau pujuk ka.....wa sudah penot lo ......
duit sudah bayar tapi tak mau pergi jugak ...........

s@kura tetap teruskan agenda save the date on 12 oktober , wednesday ......
my beloved fiancee .......i already paid 4 this package .....................
please2 cosider 4 this time for me ........

there props yang akan dibawa ke pre wedding nanti ..........lalalalala


ok nak bawak bingkai gambar yang besar .......


payung berwarna warni walllllaaaa...........
yang ni dh beli RM15.00....
Beli masa floria d putrajaya



cardboard yang tulis nama or terms diatas



ni sangat menarik nk buat benda diatas


belon ....cantik gak ni ........

video kawad en tunang tersayang ...........
sanggup duduk kat tengah panas untuk memberi semangat pada beliau ......
ini kali pertama tengok dia berkawad ........
timbul rasa kesian sebab berdiri lama sangat .........

time ni bersama dengan puan syura dan adik aiin .......
pasangan kepada kapten shariff dan kapten syafiq .....
best time ni  ......
gelak , ketawa , senyum ...................

syura dengan keletahnya .......
aiin suka gelak .........
memang best .......
walaupun bagi s@kura agak memunculkan diri n over depan anak2 buah dia .....
sorry ya dear .......sesekali nk tgk u bertugas .......
walaupn u x berapa suka .........

banyak gak pilihan baju untuk malam berinai nanti .....
huh penat .........

untuk tunang kena pilih betul2 ....supaya beliau puas dan tidak merungut nanti .....

seleksi baju yang berjaya memasuki final adalah ..................








lelong2 sila pilih baju yang dikehendaki ya......

kak jun saya tolong promote baju kak jun skali ni hihihi .....

ni semua dari BUTIK B DUET ANDAMAN ............

Malaysia ...............
selamat menyambut hari malaysia ........
kemeriahan sangat dirasai ........

terima kasih kepada pejuang malaysia untuk kemerdekaan dan pembentukan malaysia .......

16 september tarikh yang tetap untuh dalam ingatan .......

apa itu hari malaysia ?

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia  di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura  bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


peranan anak bangsa kini adalah mempertahankannya ......
ayuh kuatkan perpaduan tingkatkan keteguhan .........................

MERDEKA....MERDEKA.....MERDEKA.....................

sambungan tugas membentuk bunga telur ...,.

untuk malam berinai settle.........
tapi utk merenjis bersanding tak abis lagi ......

risau menguasai diri .............

harap majlisku berjalan lancar ..........................

berserah dan tawakal padamu ......
kumohon keredhaan dan rahmatmu.....

semoga majlis dan kehidupan bakal ditempuhi ......
sentiasa didalam barakahmu .........

semoga ikatan dibina sentiasa teguh dan kejujuran sentiasa bersama kami ........
andai dia bukan jodohku....aku mohon petunjukmu ..........dan aku mohon belasmu .....
agar kami tetap bersatu di dunia dan akhirat .......
semoga aku tetap dicipta bersamanya .....walaupun ia hanyalah pinjaman padaku....

terima kasih padamu ya allah kerana telah mencipta cinta dan kasih sayang antara kami ....
terima kasih dan syukur kerana menemukan kami didalam qada dan qadarmu .........

semoga dia mampu memimpin ku kejalan yang lurus ...jalan yang diredhai olehmu .....
jadikanlah aku isteri yang solehah ....yang mampu menjaga maruah dan menggalas tanggungjawab ini .....

ye rasa puas lak skang ni .....
minggu lepas s@kura dah decide n confirm butik pilihan s@kura .......

memang berbaloi pilihan yang telah dibuat ....walaupun jauh sangat .......
(en tunang siap membebel aja sebab jauh )

butik yang menjadi pilihan hati s@kura adalah Butik Andaman B Duet di telok panglima garang ........

asalnya s@kura dah booking butik lain tapi mahal la ....dah la tak boleh nak bertolak ansur skit pun x boleh....nak tambah 1 benda jer .....harga tambahan macam nk smpai suku dari jumlah asal ..........

erm so decide amik kat butik ni ........
kebetulan mak saudara yang kenalkan .......tu yang try pi ....
wah kakak tu memang superb baik .........

ownernya seorang cikgu .........
so yg tlg jaga tu pun anak murid owner tu sendiri .....
memang best lepak kat situ even lama coz diorang tetap friendly melayan .......

banyak pakej yang disediakan ....tapis@kura amik pakek glamour ....

Pakej Glamour 
-               Set Pelamin – 1 set
-                      2 pasang baju persandingan - lelaki dan perempuan lace/songket
-                      3 helai baju persalinan
-                      Solekan – 2 kali
-                      Aksesori lelaki & perempuan
-                      Kasut perempuan (bg yang sesuai dgn saiz shj)
-                      2 pasang baju flower girl
-                      Sepasang baju pengapit lelaki dan perempuan
-                      **Percuma : mekap studio,facial dan sauna serta bunga tangan fresh flower


plusss dengan pintu gerbang ...tapi akak ni tambah skit jer duit ......

siap offer kalau nak amik fresh flower untuk pelamin tambah berapa ratus jer .....tapi s@kura fikir buat kat halaman umah so panas2 tak sesuai guna fresh flower .........

s@kura siap test2 semua baju ...seronok jer rasa....semua cantik 2........

manik penuh 1 baju ........harga pun sangat menawan......

Kajian demi kajian telah dibuat untuk membuat perbandingan mengenai TV ........
huh penat mencari dan banding .....
habis semua tempat yang telah dicadangkan oleh kekawan kami terokai .....

apa gaduh ????
erm setiap kali perbandingan dan meeting pasal hal ni pasti ada item gaduh ni ......

gaduh sambil berbahas sesama sendiri ......

apa ngajuk ?

hahaha s@kura la tokei mengajuk ...........

ngajuk tu kena diam dan pandang ke luar sahaja .........
kalau x sibuk duk nyanyi seiring dengan muzik di HOT FM .........wah promote HOT FM .......

ok plasma ni ada lapisan kaca dimana lebih tahan lasak .......
LCD sepertimana notebook nya monitor lebih sensitif dan jika terdapat lapisan extra itu adalah yang terbaik ...
kalau nak murah memang 1 lapisan je la .........
kalau perasan kita tertekan dibahagian depan monitor nanti ada cam kesan tekan n hilang selepas tu ......

LED .......ni superb nya produk n palisg latest utk dunia tv ni ...wah harganya cukup mahal ......
so LED ni terus keluar dari senarailah .......tapi serius tengok gambar memang jelas .....kalau gambar air macam betul2 air tu nampak ........yang ni paling diminati tapi senyum sahaja ......


dah buat keputusan nak beli apa ....
sekarang tengok produk mana yang better ................

LG ?
SAMSUNG ?
TOSHIBA ?
SONY?

ah pening .....................................

walaupun bajet tak tinggi tapi tetap nak cari yang terbaik .........

Pengalaman bercinta amat lah bernilai untuk s@kura......

Doa s@kura dari dulu hingga kini harapnya 1 cinta hingga ke hujung nya .....
Sering menolak harapan insan lain dari sekolah sehingga bertemu seseorang yang telah membuka hati untuk bercinta .......
Gelaran lesbian telah diberikan kerana s@kura sering menolak lelaki .....
bagi s@kura bercinta ni diibarat sengsara untuk wanita .....

kesiankan kalau dikecewakan oleh lelaki ............
tapi mmg tak semua lelaki macam tu .......
oleh itu terima kasih En.Tunang saya yang berjaya membuka hati dan jiwa saya

tak sangka percintaan selama 8 tahun cukup bernilai untuk s@kura.....
kami berkenalan disaat kami berdua NOTHING .....masing2 masih belum bekerja

alhamdulillah kerana kami berkenalan kami memasang misi masing2 iaitu ingin menjadi yang terbaik .....

kami meneruskan pembelajaran masing2 .......
en tunang melanjutkan pelajaran di KTD ......
walaupun ketika itu bagi s@kura tentera bukanlah 1 pekerjaan yang diminati ....
alhamdulillah ......dia mula menunjukkan keikhlasan dan ketekunan untuk menjadi yang terbaik untuk s@kura....

s@kura pula berusaha keras untuk menjadi terbaik melalui pembelajaran ....
akhirnya s@kura meraih best student jabatan dan best student course......

berlinang air mata disaat itu ......
kelebihan s@kura memegang jawatan didalam perwakilan pelajar menjadi faktor penerimaan anugerah tersebut ..............


tekad dan niat untuk menyambung lagi di Universiti ......
tawaran UTM dan UTHM telah ditolak kerana mendapat tawaran jawatan didalam kerajaan .
kini s@kura tetap berada didalam jawatan kerajaan .........

kami sama2 telah berjaya berdiri di kaki sendiri .......
pekerjaan yang mampu menampung kehidupan kami kelak ....

syukur ya allah .....ringan sungguh perjalanan kami ......
walaupun menghadapi dugaan mu kami tetap tabah ....

s@kura hanya berdoa kepada Allah untuk menguatkan jodoh kami sehingga ke akhirnya ......

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tidak sehebat Sulaiman,
Mengapa mendamba teman setampan Yusuf,
Jika kasih tidak setulus Zulaikha

gunting2 ......tampal2 ................will be continue on 18 september ........


tikam belakang ni sama erti dengan gunting dalam lipatan .......
maksud nya pengkhianat ......................



ok dah jumpa manusia jenis ni ......................
oh terkejut first time jumpa ................................

best ker ya ......
masa susah ....say what?????  help ........
masa senang .......please say go away ........
or you dead ..............

fuh susah gak jadi baik kan ..........
rasa sakit gak coz diberi susu dibalas tuba .....

wah banyak tul kata2 hikmat kan ......

so jalan penyelesaian nya adalah smbg blajar out from office ....nnt tau jer dapat tawaran kanan ...

leh tak ..........
sabar di hujung hati ......marah kuasai diri ......

senyum jap ...kerut dahi jap .....sedih jap ......

nice to meet this person because ........
time to change myself ...........to be a strong person hahahahaha .......

PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN

1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN
  UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.

Image Download Prosedur Dan Syarat-syarat Prosedur Permohonan Berkahwin Bagi Perempuan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).

not DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN OLEH PEREMPUAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN
not DOWNLOAD BORANG WALI & WAKARAH
not DOWNLOAD CARTA SUSUNAN WALI BAGI PEREMPUAN ISLAM


tambahan bagi urusan pemohonan kepada pihak JAIS ialah borang mastautin .......sebelum ni menggunakan surat sendiri tapi kecewa plak dah ......sampai sana diorang kata tak boleh guna borang sendiri kena guna surat dari diorang .......jadi kritikal skit coz nak mintak tandatangan dari pengerusi perumahan kena tunggu malam la (dia balik kejer) ....dah la sanggup amik cuti tapi tak boleh selesaikan plak ........... 

lastly cari jer pegawai mana2 yang duduk kat situ ............tapi pi kat opiz dia terus la .......
erm selesai gak .........
lega sangat .................
alhamdulillah skang semua dah clear tinggal nak siapkan bunga telur tu jer .......

syukur padamu .....

s@kura

nasihat yang cukup membuat s@kura tersedar dari keindahan dunia .......

En. tunang memberi kata2 pedas dan nasihat pada s@kura .......
janganlah terlalu melampau untuk berbuat sesuatu.........

jangan terlalu @ terlampau baik kerana apabila terlalu baik orang lain akan mengambil kesempatan .
jangan terlalu @ terlampau berani kerana apabila keberanian tersebuat membuatkan kita terlalai dan melebih-lebih
jangan terlalu @ terlampau peramah kerana tidak semua manusia suka dengan sifat tersebut
jangan terlalu @ terlampau sayangkan manusia kerana apabila kehilangannya kita akan terlalu berduka
jangan terlalu @ terlampau cepat mempercayai orang lain kerana adakala kita akan ditipu dan didustai
jangan terlalu @ terlampau berfikiran negatif kerana kita akan sentiasa memikirkan keburukan apabila lakukan sesuatu


senang cerita jangan terlalu dan terlampau dalam setiap pergerakan dan tingkah laku kita ........
kerana Allah sangat suka hamba nya yang bersederhana ...........
s@kura ni sangat sensitif pada alam sekeliling dan air muka individu .......

s@kura mudah membaca air muka orang lain adakalanya tepat adakalanya tidak .......

perbezaan keadaan wajah mampu menggambarkan emosi seseorang

Penafsiran Air Muka

Air muka adalah 1 cara untuk kita fahami dan membaca emosi dan keadaan pemikiran seseorang.
Banyak situasi yang boleh difahami melalui wajah atau riak muka seseorang .Jika seseorang individu tersebut risau , gembira , marah , tidak puas hati , sedih , terkejut  semasa perbualan atau berkomunikasi  .


huh ....boring nyer duk kat opiz ni ....
biler x der orang means .....x der la masalah sistem .......
so xder la panggilan2 aduan ......dan s@kura kna la duk senyap2 erm.....


dah la kat opiz ni duk sesorang .............
memang maha boring tahap kritikal ..................
takut skit pun ada ......biasalah tempat baru ......
lokasi kat putrajaya lak tu .......tempat hujung dunia ........
bangunan lak kosong tak ramai orang ...........
sok cuti lagi la..la....la.......

sok sambung beraya dirumah mak sedara yang tak abis 2 lagi ........