twitter
rss

Tak sempat beraya

Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Belum sempat menyambut Aidilfitri, seorang pesara tentera darat maut akibat ditikam di bahagian rusuk kiri, dada serta belakang selepas bergelut dengan seorang pencuri kira-kira jam 3.15 pagi di kawasan tempat letak kereta di PPR Taman Wahyu Dua, di sini, semalam.
Mangsa, Shariff Din, 47, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Menurut isteri mangsa, Fauziah, 50, ketika kejadian, mereka sekeluarga baru pulang daripada membeli barang persiapan hari raya di Danau Kota untuk empat anaknya berusia antara 19 hingga 23 tahun.

“Kami sekeluarga sampai di kawasan perumahan kira-kira jam 3 pagi dan ketika mencari tempat letak kereta yang kosong, saya perasaan ada dua remaja berumur 20-an melepak di atas sebuah motosikal.


“Kebetulan terdapat satu ruang kosong berhampiran dua remaja terbabit sebelum seorang anak saya turun untuk menolak sebuah kereta yang menghalang ruang itu.

“Seorang daripada remaja terbabit kemudian menawarkan bantuan untuk menolak kereta itu,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam.


Fauziah berkata, mereka sekeluarga kemudian naik ke rumah di tingkat lapan, namun dia curiga dengan dua remaja itu dan mengambil keputusan untuk mengajak suaminya turun ke bawah untuk memeriksa kereta Proton Saga milik mereka.

“Sebaik tiba di tingkat bawah, kami terdengar bunyi alat penggera kereta dan suami saya mendapati seorang daripada remaja tadi sedang mengumpil sebuah kereta milik rakan suami saya sementara rakannya menunggu di motosikal.

“Dia cuba menangkap remaja terbabit menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka sebelum rakannya yang cuba melarikan diri berpatah balik dan menikam suami saya sebanyak tiga kali dengan pisau,” katanya.

Menurutnya, dua remaja terbabit kemudian melarikan diri melalui pagar belakang perumahan berkenaan selepas menikam mangsa manakala dia hanya mampu menjerit memanggil nama suaminya.

Fauziah kemudian mendapatkan mangsa dan memangkunya di riba sebelum suaminya menghembuskan nafas beberapa minit selepas itu.

“Sukar untuk saya gambarkan betapa sedihnya melihat suami menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya,” katanya.

Penduduk lain yang melihat kejadian itu kemudian datang menenangkannya sebelum menghubungi ambulans dan mayat suaminya dikejarkan ke HKL.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

disaat s@kura membaca berita metro .........terasa sayu hati dan jiwa .................
pemergian ayah tercinta dikala menjelang syawal ..............
adik tasha yang sangat tabah mengharungi dugaan dari allah swt .......................

mengapa wujud insan yang mencipta sengsara dan kedukaan manusia yang lain .....

sesungguhnya Kasih syg Allah SWT  memang tiada bandingan apabila insan yang dikasihi menghadapnya
Allah tidak pernah menduga hambanya yang tidak mampu ......kerana allah yang mencipta dan mengetahui segalanya zahir dan batin hambanya .......................

TASHA AKAK TAU TASHA ADALAH INSAN YANG SANGAT TABAH DAN MAMPU MENGHADAPI DUGAAN INI ........................

Semoga arwah tenang disana ........................
dan semoga ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh .............

AL-FATIHAH ............................

{بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ}( 1){الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ}(2)

{الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ}( 3)
{مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ}(4) {إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ}( 5)

{اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ}(6)
{صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ }(7)

2 comments:

  1. terima kasih sgt2 kak. mmg perit utk terima semua ni, tp bila tasha dah dpt semangat dari akak & semua org, tasha semakin kuat utk terima semua ini.

    tasha redha. ayah pergi dlm bulan mulia. mmg btl, mungkin ade hikmah di sebalik semua ini.

    semoga ayah tenang di sana. al fatihah.

  1. welcome dear ,

    semua akan merasai pemergian ayah dan ibu tetapi bezanya cepat atau lambat sahaja ........

    ------------ luv u tasha ------------------

Post a Comment