twitter
rss

holla ........................
raya itu keindahan .........
salam aidilfitri pada semua .........................................


ni proses nak buat ketupat palas.......
letih gak lepas2 balik kerja terus mengerjekan ketupat palas lak ........
time ni mmg x sbr sgt nk makan .....sambil2 tu rendang duk didih kat dalam kawah .........

ui...rindunya kalau kat kampung cm ni .........




tu tgn ayah yang sedang mengajar cara yang betul supaya ketupat palas x jadi cm pakai "KAIN"
sapa yang pernah buat mesti tau hihihihi .........
ayah memang sifoo........


hari raya pertama membawa seribu erti utk kami .............

Tak sempat beraya

Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Belum sempat menyambut Aidilfitri, seorang pesara tentera darat maut akibat ditikam di bahagian rusuk kiri, dada serta belakang selepas bergelut dengan seorang pencuri kira-kira jam 3.15 pagi di kawasan tempat letak kereta di PPR Taman Wahyu Dua, di sini, semalam.
Mangsa, Shariff Din, 47, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Menurut isteri mangsa, Fauziah, 50, ketika kejadian, mereka sekeluarga baru pulang daripada membeli barang persiapan hari raya di Danau Kota untuk empat anaknya berusia antara 19 hingga 23 tahun.

“Kami sekeluarga sampai di kawasan perumahan kira-kira jam 3 pagi dan ketika mencari tempat letak kereta yang kosong, saya perasaan ada dua remaja berumur 20-an melepak di atas sebuah motosikal.


“Kebetulan terdapat satu ruang kosong berhampiran dua remaja terbabit sebelum seorang anak saya turun untuk menolak sebuah kereta yang menghalang ruang itu.

“Seorang daripada remaja terbabit kemudian menawarkan bantuan untuk menolak kereta itu,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam.


Fauziah berkata, mereka sekeluarga kemudian naik ke rumah di tingkat lapan, namun dia curiga dengan dua remaja itu dan mengambil keputusan untuk mengajak suaminya turun ke bawah untuk memeriksa kereta Proton Saga milik mereka.

“Sebaik tiba di tingkat bawah, kami terdengar bunyi alat penggera kereta dan suami saya mendapati seorang daripada remaja tadi sedang mengumpil sebuah kereta milik rakan suami saya sementara rakannya menunggu di motosikal.

“Dia cuba menangkap remaja terbabit menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka sebelum rakannya yang cuba melarikan diri berpatah balik dan menikam suami saya sebanyak tiga kali dengan pisau,” katanya.

Menurutnya, dua remaja terbabit kemudian melarikan diri melalui pagar belakang perumahan berkenaan selepas menikam mangsa manakala dia hanya mampu menjerit memanggil nama suaminya.

Fauziah kemudian mendapatkan mangsa dan memangkunya di riba sebelum suaminya menghembuskan nafas beberapa minit selepas itu.

“Sukar untuk saya gambarkan betapa sedihnya melihat suami menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya,” katanya.

Penduduk lain yang melihat kejadian itu kemudian datang menenangkannya sebelum menghubungi ambulans dan mayat suaminya dikejarkan ke HKL.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

disaat s@kura membaca berita metro .........terasa sayu hati dan jiwa .................
pemergian ayah tercinta dikala menjelang syawal ..............
adik tasha yang sangat tabah mengharungi dugaan dari allah swt .......................

mengapa wujud insan yang mencipta sengsara dan kedukaan manusia yang lain .....

sesungguhnya Kasih syg Allah SWT  memang tiada bandingan apabila insan yang dikasihi menghadapnya
Allah tidak pernah menduga hambanya yang tidak mampu ......kerana allah yang mencipta dan mengetahui segalanya zahir dan batin hambanya .......................

TASHA AKAK TAU TASHA ADALAH INSAN YANG SANGAT TABAH DAN MAMPU MENGHADAPI DUGAAN INI ........................

Semoga arwah tenang disana ........................
dan semoga ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh .............

AL-FATIHAH ............................

{بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ}( 1){الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ}(2)

{الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ}( 3)
{مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ}(4) {إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ}( 5)

{اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ}(6)
{صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ }(7)

Duit raya .....kebiasaan untuk kanak2 bila menjelang hari raya .
selepas sebulan berpuasa hari raya yang paling dinanti terutama golongan budak2 ni .....
time ni mengumpul duit raya dan berlumba siapa paling banyak dapat duit raya .........

dan kini turn s@kura untuk mengeluarkan duit raya plak setelah sekian lama mengutip duit raya ..........
hahahaha ........ini lah kebiasaan dihari raya ...mak n ayah kita nak menziarah dan bermohon maaf tapi anak2 menambah pendapatan hahahaha .........


persediaan untuk duit raya termasuk dalam perbelanjaan di hari raya .......makan ratus juga lagi2 si adik kandung yang duk menagih kasih sayang nak duit hahahaha ........

apalagi semalam la sorting n listing individu yang layak menerima bantuan ini hihihihi .......
keikhlasan dari hati ke hati ......hahahaha .......
nilai dirahsiakan .......takut ada muntah darah bila dengar nilainya wakakakaka .......





kesnya nak pi ambil kad kawen la ni di LH CREATIVE .....kat jalan brunei ,KL ......

atas amanat en .tunang utk uruskan kad kawen selepas selesai urusan draf kad kawen ari tu .....
sampai jer kat LH CREATIVE ........parking tak der plak adoi ....so amik keputusan parking kat depan pintu LH CREATIVE .......n baru jer masuk kedai dh nampak dewan bandaraya dah sibuk2 mengeluarkan buku saman DBKL .......alamak s@kura lari x cukup tanah .....nak larikan kereta cepat2 ......kang x pasal2 nak kna byr saman pulak dah la nak pakai duit banyak ni hahahaha ...........

dah tu pusing la 360 darjah ....ini disebabkan s@kura ni penakut bawak kete so ikut jalan jauh2 .......
nampak dah parking tapi tepi kedai makan cha ya nun alif alamak risau plak kang kete kotor tapi dh terpaksa memang tak ada tempat lain .......selesai parking masuk la LH CREATIVE .....tunggu punyer tungggu ...stok x smpai2 lagi rasa membara gak hampir setengah jam duk melangut kat situ ....dh la mintak time off ......4 jam jer nak balik putrajaya lagi ni .........


lastly dapat dh hooray ....terus tepon en tunang di kem muar tu .........(kena jaga kem wataniah)
seronok kad dh dapat n everything is okay .......

terus balik ...............
smpai putrajaya rasa cm nak keluarkan duit dulu so singgah la kat MAYBANK presint 2 .............
erm balik2 wah 1 surat cinta sudah ada ......


"mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tolong "
surat saman dari perbandaran putrajaya ..................
senyum jew la .......gov bagi setengah gaji setakat nk byr RM100 apa masalahnya .....

hahahahaha ......dapat lari saman dari DBKL kna saman kat Putrajaya plak .........

terus tepon en tunang ......siap kna perli lagi dia kata kalau kena saman kat KL dia byr
kalau kat putrajaya byr sendiri hmmmm...........................

bayar pun sebelah ngan maybank kat putrajaya hahaha .......



Banyak cerita pasal urusan pengambilan kad kawen tapi hari ini
agak x sihat ....so batalkan niat utk menulis nak tgk pc pun rasa cm tak larat jer......

en tunang sedang mental kesunyian tp s@kura x sihat so x larat nak teman melalui telefon ...
sbr ya beraya di perantauan .....jaga diri elok2 jangan gatai2 ....

kalau sempat mmg nk pi johor .......
nk antar jemputan apa2 nnt bg tau ya en tunang ...................





ni geng baru s@kura ...........................
tq sudi menjadi follower blog saya .......................

selamat berpuasa dan selamat hari raya ya dik .......


yahooo..................
kad kawen saya dah siap .....
semalam dapat kol dr LH CREATIVE "akak kad kawen akak sudah siap boleh ambik"
ok s@kura gerak dulu pi lh creative ....sat gi update la ....apa2 citer nya di LH creative .....
hope everything is okay  ....................................



s@kura sangat merindukan raya ......
raya bersama atuk dan nenek yang tersayang ......

kini dah tak der lagi kegembiraan bersama atuk tersayang ...atuk abah ....atuk mak ....tok wan......tok ......

gembira bersama kalian ...........tawa dan hiba dikala tangan dihulur ......
disaat panggilan mengenai pemergiaan atuk ......terasa hiba .......air mata tak dapat disekat sedikit pun ...........kasih atuk masih diperlukan lagi oleh kami cucu atuk .......
tetapi allah lebih sayangi anda semua .......kasih sayang manusia tidak dapat menandingi kasih pencipta terhadap hambanya ..........

terbayang lagi kesibukan dan keriuhan menyediakan makanan untuk cucunya .........
baju raya .....atuk mak yang buatkan smpai baju sendiri tak sempat siapkan ........

erm sedih sangat bila mengenangkan sejarah manis ........hanya doa dan al-fatihah ...yang cucumu mampu kirimkan .semoga bahagia bersama pencipta disana ...menunggu kiamat yang bakal tiba memanggil segenap hambanya menghadap yang maha esa........

myMetro | Pengantin baru dibaham jerung

VICTORIA (Seychelles): Percutian dan bulan madu pasangan pengantin baru di pulau peranginan di Lautan Hindi bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dibaham ikan jerung, semalam.
Baru berkahwin 11 hari lalu, Ian Redmond, 30, menjadi mangsa serangan ganas ikan jerung di depan isterinya.


Media melaporkan, Redmond sedang leka berenang kira-kira 30 meter dari pantai apabila dia tiba-tiba menggelepar dan menjerit meminta tolong.
Pasangannya, Gemma Houghton, dari Wigan, England, berbaring di pantai apabila dikejutkan dengan jeritan Redmond.

Gemma, 27, panik melihat suaminya dibaham ikan ganas itu.

Beberapa nelayan berjaya menarik Redmond ke sampan dan membawanya ke pantai.

Saksi berkata, lelaki terbabit cedera parah akibat gigitan ikan jerung berkenaan.

Katanya, ikan paus itu membaham sebahagian besar daging pada tubuh Redmond menyebabkan dia kehilangan banyak darah.
Katanya, Redmond menghembus nafas terakhir sebelum sempat pasukan paramedik tiba.

“Isteri lelaki itu hanya mampu menjerit dan menangis di sisi mangsa,” katanya.

Serangan jerung semalam adalah yang kedua dalam tempoh dua minggu di Pulau Praslin, Seychelles.

Ia terletak kira-kira 32 kilometer dari tempat Putera William dan Kate Middleton berbulan madu baru-baru ini.

Saksi berkata, Redmond kehilangan sebahagian besar kaki kirinya sehingga dia dapat melihat tulang paha mangsa.

“Seorang wanita meluru dan mula menjerit memberitahu mangsa adalah suaminya,” katanya.

Seorang penduduk tempatan berkata, Redmond berenang tidak jauh dari kawasan pantai apabila serangan berlaku.

“Tangannya dibaham jerung dan sebahagian daripada tubuhnya juga hilang.

“Air di kawasan itu merah akibat darah mangsa,” katanya. - TS

s@kura dan en.tunang telah berkunjung ke bandar baru bangi untuk mencari perabot untuk umah baru .......

perabot nya adalah post ini

fuh penat tak terkata hari tu banyak tempat yang kami singgah ......
 mula2 selesaikan dokumen kebenaran berkahwin diluar kariah masjid bagi Negeri Sembilan ........

itu baru en tunang punya borang yang s@kura tak selesaikan lagi .........

masuk kem nak amik dokumen yang telah diajukan pada ustaz kem then jumpa imam kat kawasan tu amik tanda tangan lagi baru lah pi pejabat agama .....
selesai ..................


bergerak ker kawasan KL ......singgah di kedai perabot ....bla2.........
pilih punyer pilih lastly ada yang berkenan ........

RM2600 settle yang basic....bgs tak ?


penat gak wat keputusan untuk cari perabot yang terbaik .....smpai gado2 manja lagi

tb2 terpikir ...alamak aku nak kawen dh ker .......

ni kedainya



kemudian setelah confirm barangan yang ingin dibeli lastly .....s@kura n en tunang byr RM500 untuk deposit .......dan telah diberikan resit sebagai bukti ........


dah selesai kami terus meluru ke KL....untuk ke LH CREATIVE bagi menyelesaikan draf kad kawen kami ......
penat sangat time ni ...ketar rasa lutut dan anak tekak hahaha .......

(sapa kata kawen senang jer)

erm tak abis smpai tu ....time tu hari jumaat ....en tunang kena solat jumaat plak ...
s@kura duk dalam kete smbil rasa ketakutannya sebab .........en tunang terpaksa parking teping jalan besar sebab x der parking dh .....solat jumaat dah nak start time tu ......

sempat juga captured several pic ....












itulah gambar2 kaum adam yang menunaikan solat jumaat ......yang memberi erti dan nilai yang besar kepada muslim ............

BEGITULAH ............KEMUDIAN EN TUNANG NAK BALIK COZ NAK BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGANYA .......


 serius i like dengan nora danish ni ....sangat comei , cute......
sapa yang dapat kawin dengan dia memang untung ...tapi .....
ok la x yah sambung .......
nora yang berbadan kecil molek ni anak kelahiran perak gitu .....kulit yang very fair dan bersih menyerlahkan lagi kejelitaan muka nya .......
kalau senyum fuh .......comei sangat ........tahniah ya anda telah dianugerahkan kelebihan dari Allah swt ..........

bakat lakonan pun boleh tahan ....teruskan dengan kegigihan anda ..........


sekian lama mencari perabot akhirnya s@kura berjaya mencari perabot yang dibeli secara pakej ...

1. Set Bilik tidur
2.Meja Makan
3. Sofa
4. Kabinet TV
5.Tilam

free 2 bantal
1 set sarung kusyen sofa.
cofee table ...sila la tengok















kepada encik tunang yang diperantauan ...sila la tengok  hasil dari pemilihan perabot yang telah dibuat ...
jika x puas hati boleh ubah mengikut citarasa ya .......

bertugas dengan baik ya ....
beraya di perantauan .......

jangan lupa balik bulan 10 hihihihi ......

Untuk resepi sila amik disini

Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara:
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.