twitter
rss

s@kura dah naik gila tgk design yang cantik2 ni ......
alamak nk design macam mana ya nanti

erm...kalau makin mewah makin tinggi kosnya .......






thanks mr google again ........

Jom cari pelan umah utk hasil yang terbaik ....

nak cari lah design2 yang terbaik di mr google la .....





Alhamdulillah sebelum kawin ni dah dapat kuarters ..........
terima kasih pada BPH sebab layan rayuan saya ...........

s@kura dapat kuarters 5R6 , Presint 5 , Putrajaya .

kunci tak amik lagi ....s@kura ingat   nk settle minggu depan masa bulan puasa
terpaksa la ....kalau s@kura selesaikan minggu ni means sewa akan tolak minggu ni ...
baik s@kura amik minggu depan so start pembayaran on Ogos ......
YE LA SERIUSLY NK KAWEN NI BYK SG T DUIT NAK PAKAI

cuba la gak jejalan kat sana ......
alamak dapat tingkat yang tinggi gak .....( xpe la janji dapat)

n ....... yes s@kura dapat corner Lot .........
kalau tengok kuarters 5R3 .......yang corner lot ni sizenya besar sikit .......

s@kura ikut dah opiz tgk umah nya ari rabu aritu .....bilik nya agak sempit ....yg lain ok puas hati la ....
kalau cm s@kura ok la .....duk 2 org (kalau dh kawen)
yang member opiz tu ada anak dia lagi sian plak rumah agak kecik ....

ni contoh pelan umah kawan saya :



pengumuman kalau umah No .5 ............. tu corner lot lalalalala ..........
x sbr nk uruskan n tgk umah tu sendiri ...........


syukur alhamdulillah

Teenage Dream Lyrics : Katy Perry


You and I, we’ll be young forever
You make me feel like I’m living a teenage dream
The way you turn me on, I can’t sleep
Let’s runaway and don’t ever look back
Don’t ever look back
My heart stops when you look at me
Just one touch, now baby I believe
This is real, so take a chance
And don’t ever look back, don’t ever look back
We drove to Cali and got drunk on the beach
Got a motel and built a floor out of sheets
I finally found you, my missing puzzle piece
I’m complete
Let’s go all the way tonight
No regrets, just love
We can dance until we die
You and I, we’ll be young forever
You make me feel like I’m living a teenage dream
The way you turn me on, I can’t sleep
Let’s runaway and don’t ever look back
Don’t ever look back
My heart stops when you look at me
Just one touch, now baby I believe
This is real, so take a chance
And don’t ever look back, don’t ever look back
I’ma get your heart racing in my skin-tight jeans
Be your teenage dream tonight
Let you put your hands on me in my skin-tight jeans
Be your teenage dream tonight
You make me feel like I’m living a teenage dream
The way you turn me on, I can’t sleep
Let’s runaway and don’t ever look back
Don’t ever look back
My heart stops when you look at me
Just one touch, now baby I believe
This is real, so take a chance
And don’t ever look back, don’t ever look back
I’ma get your heart racing in my skin-tight jeans
Be your teenage dream tonight
Let you put your hands on me in my skin-tight jeans
Be your teenage dream tonight

10 TIPS UNTUK PENGANTIN BAGI MENDAPATKAN GAMBAR TERBAIK SEMASA HARI MAJLIS(Ditulis oleh: Azizan Aziz, jurugambar professional & pengasas Romantis Studio )
Semasa majlis akad nikah:
1) Pengantin perempuan jangan duduk terlalu jauh ke belakang dari pengantin lelaki semasa majlis akad nikah. Ini adalah untuk memastikan jurugambar dapat memasukkan gambar kedua-dua pengantin di dalam satu gambar untuk shot-shot tertentu. Jika tidak pasti kedudukan yang sebenar untuk pengantin perempuan, sila bertanya dengan jurugambar terlebih dahulu.
2) Bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan, kurangkan memandang ke bawah atau terlalu menunjukkan muka yang serious. Perasaan gementar, gemuruh dan sebagainya adalah perkara biasa dalam majlis pernikahan. Kadang-kadang sedikit ‘lakonan’ yang menunjukkan kegembiraan sebenarnya dapat mengurangkan perasaan gemuruh ini. Disamping gambar-gambar  yang menarik, perasaan gemuruh anda mungkin akan hilang sedikit demi sedikit.


Tunjukkan kecerian anda walaupun perasaan gemuruh masih ada.
3) Pastikan anda sampai awal di masjid, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari  masa yang dijanjikan. Pastikan juga semua dokumen yang diperlukan diperiksa terlebih dahulu. Kekalutan akibat tiba lewat atau tertinggal dokumen penting akan memberi kesan kepada gambar-gambar anda nanti. Disamping perasaan gemuruh yang sedia ada, anda mungkin akan merasa ‘down‘ dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jurugambar yang bertugas dari segi interaksi anda dengan jurugambar.
4) Cara terbaik untuk kelihatan ceria semasa majlis akad nikah adalah dengan membawa 3 atau 4 orang rakan yang betul-betul rapat dengan anda. Percaya atau tidak perasan gemuruh anda akan hilang tanpa anda sedari. Pastikan rakan-rakan anda ini sentiasa bersama anda dari mula hingga akhir majlis.

Kehadiran teman-teman rapat boleh menambahkan lagi kemeriahan.
Semasa Majlis Persandingan
5) Pastikan jurugambar anda diberitahu terlebih dahulu tentang aturcara majlis. Ini adalah amat penting jika majlis anda terdapat acara-acara tambahan seperti pertunjukkan silat, tarian dan sebagainya yang mungkin penting bagi jurugambar untuk membuat persediaan dari segi ‘shooting angle‘ dan sebagainya.
6) Sila beritahu jurugambar anda jika terdapat jurugambar lain atau pun anda ada menempah juruvideo berasingan. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda bekerjasama dengan jurugambar/ juruvideo tersebut. Cara kerja dan ‘style‘ yang berlainan kadang-kadang boleh menyusahkan kedua-dua pihak. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu dahulu nama-nama jurugambar/juruvideo yang turut bertugas di hari majlis anda. Perbincangan awal mungkin boleh diadakan untuk memastikan proses merakam hari bahagia anda berjalan lancar.
7) Di samping jurugambar/juruvideo tambahan, kehadiran jurugambar-jurugambar lain dikalangan saudara-mara dan rakan-rakan pihak pengantin jugak kadang-kadang boleh mendatangkan masalah kepada jurugambar yang bertugas. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu mereka terlebih dahulu supaya memberi laluan kepada jurugambar utama dalam apa-apa situasi pun supaya tiada gambar atau ‘moments‘ yang terlepas.

Sentiasa memandang kepada tetamu-tetamu yang hadir.
8) Kedua-dua pengantin dinasihatkan supaya mempunyai lebih ‘eye-contact‘ dengan orang-orang sekeliling semasa majlis berlangsung. Ini bermaksud pengantin tidak selalu tunduk dan memandang ke bawah sepanjang masa (sama seperti perkara 2 di atas). Saat-saat seperti berjalan ke pelamin,semasa bersanding di pelamin dan semasa berada di meja makan beradab adalah saat terbaik untuk jurugambar merakamkan keceriaan dan kegembiraan anda semasa hari majlis.

Hari perkahwinan adalah hari untuk anda bergembira.
9) Jika jurugambar anda menetapkan had masa untuk sesuatu sesi atau majlis, pastikan anda peka mengenai perkara ini. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda membahagikan masa untuk sesi-sesi tertentu seperti posing di atas pelamin, dalam bilik pengantin dan sebagainya. Pengurusan masa yang tidak cekap akan membuatkan jurugambar tergesa-gesa mengejar masa dan ini akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang dihasilkan. Melengah-lengahkan aturcara majlis, leka bersembang dengan rakan-rakan adalah antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesuntukan masa. Sila berbincang dengan jurugambar anda jika tambahan masa diperlukan.
10) Jika terdapat sesi outdoor untuk hari yang sama selepas majlis, sila pastikan tempat pilihan untuk penggambaran tidak terlalu jauh dari lokasi majlis sehingga mengambil masa berjam-jam perjalanan. Ini adalah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh jurugambar dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Perjalanan yang jauh mungkin menyebabkan kesuntukan masa dan juga boleh menambah keletihan kepada kedua-dua pihak pengantin dan jurugambar.

Pilih lokasi terdekat untuk sesi outdoor anda.
(anda bebas menerbit semula artikel ini dengan syarat tiada apa-apa perubahan dilakukan ke atas kandungan / isi artikel dan juga gambar-gambar yang berkaitan. sila hubungi penulis jika ada sebarang persoalan)

KREDIT 4 http://romantis-studio.com/

fuh sgt pening mencari item2 untuk kawin nanti .....
s@kura tgh survey mana yang lebih sesuai sama ada veil yang pjg atau yang pendek ....

tapi kalau ikut searching kat en.google .....org yang rendah x sesuai pakai veil yang terlalu panjang boleh menampakkan pengantin lebih rendah lalalalala........

Tips Memilih Layah (veil)

1. Mini telekung mesti ringkas andai layah yg digayakan sudah dihiasi dengan jemeki atau batu permata.

2. Apa jua hiasan pada layah ia harus tidak menyemakkan bahagian kepala dan muka.

3. Hiasan layah perlu dijahit pada bahagian tepi layah sahaja. Elakkan hiasan yg terlalu penuh dan merimaskan.

4. Andai mahu menggayakan tiara, pastikan dari bentuk bulat.

5. Elak menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal bg pengantin bertudung.

6. Jika mahu menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elak memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang.

7. Pemilihan batu permata atau jemeki juga harus diambilkira. Elak memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Jangan ubah diri anda dari pengantin kepada penari.

Berikut hasil imej dari en .google

layah ni simple tapi bajunya penuh dengan batu........
so ni sesuai la .....
s@kura kna pilih baju or layah yang serabut ......


kate middleton my favourite referrence ..hehehe ..
simple untuk layah dan bajunya ....
tapi2 ....simple pun tapi sgt cantik ........
(berangan jap)

ni ala2 arab.....cantik sgt ....
sebenarnya s@kura lebih terpegun ngan make up dia ....tudung nya mmg
sgt cantik dan menonjol .....



yang ni simple
s@kura rasa sesuai utk nikah kot......
tapi kalau yang nak kan yg lebih menonjol ini x sesuai


wah byknya pilihan kna wat pilihan dari skang .....

kawan2 leh try search kat web ni
s@kura suka la design nya



hua...hua...

sorry en .tunang saya mencuba sekejap hadiah untuk hantaran u kat I .....

x sbr la nak menggunakan handset baru tu .......

boleh x nak pakai dulu hikhikhik ....mesti x blh kan .....

handset i dh meragam ni ....sakit kepala menahan marah ........

hua....cepat la x sabar menggunakan si handphone


harapan nya si N8 boleh berfungsi dengan baik .....

10 ciri isteri solehah

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.


Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

10 ciri isteri solehah

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.


Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.



Jom kenali lelaki :-


Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nyer: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dgn org yg disayangi nyer. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego… (jejaka leo memang gitu).

Tips utk memikat: sebagai pompuan, harus lah tunjuk kewanitaan yg selembut-lembut nyer. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai tiap2 ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jgn..saya ulangi..JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-banding kan dgn org lain..mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, ader kang nanti merajuk.
Virgo (24 Ogos - 23 September)
Org nyer: pemalu, tak pandai mengawal emosi, sensitif. Suka mencari perhatian dari pompuan.

Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh,sofisticated,simple, jgn byk cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yg manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng..kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter “over welming”..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.
Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)
Org nyer: cerewet, posessive, takes tings lightly wen cums to quarrel tapi jujur dlm segala hal

Tips utk memikat: Senang aje..Libra suka pompuan yg ceria, hapy go lucky..SO be urself
WARNING: So bila nak date..makai lah make-up yg sederhana..tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada..a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem nak mampos.
Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)
Ogr nyer: xtion serius, mudah cemburu, mood swing..

Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nyer..nak bergayut pat talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.
Tak suka berkongsi pompuan nyer dgn org lain.
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio… (jgn kata guek tak kasi warning)

Sagitarius ( 23 November - 21 December)
Org nyer: Fu..yoh..siapa dpt memang untung… Sagitarius org nyer hapi aje..suka (bergembira tepok tanggan sama2..la la la..) bawa partner jln2..sort of adventures

Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak kluar..nenok wayang ke? kanoeing ke? anytink asal kan jgn membosan kan…
WARNING: Jgn “u plan..i plan lah”..’confirm tak ada plan’.
Capricon ( 22 December - 20 Januari)
Org Nyer: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluar kan merasannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda

Tips utk memikat: KOOL aje sis..nak tekel mereka bukan mudah..jgn give in selalu..ajar sikit..mereka jual mahal..kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang2 putus tali..jual mahal..mahal jugak sis..jgn mahal sampai terputus tali..melepas lah kau nanti…
Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)
Org Nyer: Pijak semut tak mati..

Tips utk memikat: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik, glamer..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org..so sblm dia tingal kan kita..kita blah dulu
Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Org Nyer: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..

Tips utk memikat: Kasi jer belacan…
WARNING: Diorang tak suka macam belacan!
Aries (21 Mac - 20 April)
Org Nyer: Anak mak! smart mamat. intelligent,

Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertip..bab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya
WARNING: Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan pat workshop baru baik.
Taurus (21 April - 21 Mei)
Org nyer: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri…

Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u..
WARNING: Kadan Kadang diorang suka buat kelakar sorang sorang… kesian takde orang lain layan…
Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Org nyer: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang..dlm apa2 persoalan jua mereka ada aje alasan nyer

Tips utk memikat: Sabar aje lah..be patient. Sebagai pompuan, mengalah lah sikit..lambat laun hati nyer akan lembut jugak..Lelaki Gemini niesuka pada pompuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nyer..kalau dah tak tahan dgn mereka..blah aje jgn byk cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.
Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Org nyer: Segak,Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dgn kemewahan..tetapi mereka adalah sebalik nyer..(berhati-hati ya)

Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas.
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lamer jadi masam.. kadang kadang jadi basi..




duk survey2 kad kawen lastly amik kat LH CREATIVE.......
cantik gak ......nnt s@kura display ya kalau dh siap .....

erm ....
selalu la dapat emel pelik2 la ....korang jangan teripu dengan emel2 seperti ini ......
baik nyer cara skang nak tipu org ........


Assalamualaikum

Nama saya Norhasniza binti Mohd Amin, dari Malaysia tapi tinggal di London. Umur saya 25tahun. Saya sudah 18tahun tinggal di London bersama ibubapa saya tapi mereka sudah meninggal dunia. Saya tahu jika anda dapat emel saya dan anda akan rasa terkejut. Tujuan saya hantarkan emel ini kepada anda kerana saya sedang mencari rakan kongsi niaga dan saya hendak berlabur di dalam bidang resort, minyak kelapa sawit, stesen minyak atau perniagaan tentang emas.

Saya hendak berlabur di Malaysia kerana saya bekerja dengan syarikat minyak bernama Giant Oil and Gas Company di US, memiliki anak ketua Libya, Saif Al-Islam Gaddafi dengan rakan kongsi niaga di US. Tapi sekarang kerajaan US hendak menutup syarikat di US dan juga berkaitan London. Saya berhubung dengan anda kerana saya tidak ada saudara mara atau adik-beradik di Malaysia, selagipun ayah saya adalah anak yatim dan ibu saya dari Indonesia. Sila tolong saya dalam pelaburan ini semacam ALLAH lindungi sesiapa yang perlu di bantu dan jaga. Saya akan menunggu balasan emel anda.

Terima kasih
Norhasniza bte Mohd Amin
 
 
 
 
x pe la .......x mau pun 

........beware of spam emel k .....

u all mesti tau kan maksud darah manis kan .....

let's kita explain skit maksud darah manis ......
jika mengikut maksud bagi penggunaan ayat tersebut adalah merujuk kepada seseorang yang bakal berkahwin atau lebih dikenali bakal pengantin / raja sehari ......
pada masa tersebut banyak kemungkinan yang bakal terjadi dan itu maksud digunakan pada mereka2 bahawa darah manis so jagalah diri elok2 ....janganlah kerap sangat keluar pada masa darah manis ni .........

ok merujuk kepada kita selaku tauke blog ni ingin menyatakan bahawa saya dah kna impak darah manis iaitu .....
saya jatuh kerusi ....wakakaka dengan kata lain kerusi saya patah semasa enak menjamah makan .......
ok sila gelak dulu ..........

orait ayat pertama yang digunakan adalah seperti nangka busuk ........

tapi kesan nya cukup tragis kaki kita bengkak dan biru wah......sumpah mmg sakit nak jalan ..........
help me .........
en tunang plak sibuk skang ni ........
sibuk kerja jew ..........

Semalam kita mimpi pelik sgt ......saya bermimpi gigi patah .....bukan 1 tapi 3 gigi yang patah ......ya allah jika ini mimpi peringatan pada ku .....aku cukup takut .......ya allah jauhila kami  dari sebarang bahaya dari kecelakaan dan kemalangan......... ya allah aku mohon padamu dengan sepenuh hatiku

berilah kesihatan yang baik pada ibu dan ayah ku ..........jauhilah mereka dari penyakit berbahaya ....
limpahkanlah rahmat keatas kehidupan mereka ......sesungguhnya kau maha pengasih dan maha penyayang .....
hanya padamu tempat aku bermohon ...........AMIN